Ringkasan AI
- Tujuan Qunut Nazilah: Bacaan Qunut Nazilah adalah khusus untuk menghadapi kezaliman dan musuh agama, bukan untuk mendoakan kehancuran sesama umat Islam berkaitan perbalahan politik1.
- Kritikan Menteri: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengkritik tindakan ahli Parlimen pembangkang yang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat, menyatakan bahawa tindakan tersebut melampaui batas dan harus ditolak oleh rakyat.
- Penggunaan yang Betul: Qunut Nazilah sepatutnya dibacakan untuk memohon pertolongan bagi umat Islam yang menghadapi kekejaman, seperti di Gaza, dan bukan untuk lawan politik. Perbezaan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menghakimi tahap keimanan seseorang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat pada Khamis, dilihat melampaui batas dan perlu ditolak rakyat.
“Saya ingin mengingatkan bahawa sebarang bentuk kelakuan ekstremis melampau seperti ini harus ditolak rakyat yang cintakan kedamaian.
“Perbezaan politik tidak sepatutnya disamakan dengan pendekatan takfiri atau khawarij yang melihat berbeza politik sebagai lawan yang perlu didoakan kehancurannya,” katanya.
Tegaskan, perbezaan pandangan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menghakimi tahap keimanan atau keislaman seseorang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Kementerian Dalam Negeri, pada Jumaat.
Tambahnya lagi, dalam situasi paling dekat dengan masyarakat ketika ini, Qunut Nazilah dibacakan sebagai doa untuk umat Islam di Gaza yang menghadapi kekejaman Israel.
"Kita baca untuk mohon pertolongan bagi pihak saudara kita di sana; orang tua, wanita, kanak-kanak. Kita baca, minta pertolongan Allah untuk mereka.
"Tetapi semalam ia dibaca untuk lawan politik. Ini bukan akhlak politik Islam, apatah lagi akhlak Islam secara keseluruhannya.
"Kita berbeza dari segi pilihan politik, bukan perbezaan akidah," katanya lagi.
Pada Khamis, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membaca doa Qunut Nazilah selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan keputusan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan.
Bacaan itu dipimpin Zulkifli Islam (PN-Jasin) yang juga pemimpin Pas Melaka dan dibacakan di dalam Dewan Rakyat sebaik persidangan ditangguhkan untuk rehat.