PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengeluarkan arahan penggantungan sementara import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia pada 4 Ogos lepas (2023).
Ini berikutan laporan akhbar mengenai penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang diimport negara itu dari Australia dan pengesahan tentang laporan telah dibuat oleh DVS dengan pihak berkuasa negara berkenaan.
DVS dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan tindakan penggantungan itu bersifat sementara dan diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia itu benar memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia dengan nilai import sebanyak RM25,547,355.
Susulan penggantungan import tersebut, sesi libat urus antara DVS dan Department of Agriculture, Fisheries and Forestry (DAFF), Australia telah diadakan pada 7 Ogos lepas.
Menurut DVS, DAFF bersetuju untuk berkongsi laporan hasil siasatan berkaitan dakwaan dari pihak Indonesia tersebut dan oleh yang demikian, DVS sedang menunggu laporan penuh dari DAFF bagi tindakan selanjutnya.
"Untuk memastikan sektor ternakan dalam negara terjamin dan bebas daripada sebarang risiko penyakit, DVS sentiasa memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia," menurut DVS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
DVS dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan tindakan penggantungan itu bersifat sementara dan diambil sebagai langkah berjaga-jaga. - Gambar hiasan/Facebook Ray Ahmad Sajid
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
DVS bangunkan aplikasi MyFeed tingkatkan pengeluaran daging, susu
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyFeed bagi mengira dan merancang 'ration' atau catuan makanan harian yang lengkap untuk haiwan ternakan.
Mewarna anak ayam tidak dikategori sebagai penganiayaan haiwan - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
Mahkamah tetap 19 Ogos dengar kes dera anjing ‘Husky’
Kertas siasatan berhubung kes dera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang sudah pun lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.
15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.
Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Import lembu, kerbau dari Australia digantung sementara - DVS
Terdapat penemuan tanda-tanda jangkitan LSD oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang diimport negara itu dari Australia.
Persijilan logo halal Jakim tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS
Persijilan logo halal Jakim adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia.