Jabatan Imigresen Malaysia Sabah mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan 'pasport kosong' iaitu pasport yang dikeluarkan kedutaan atau konsulat masing-masing, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini dengan jabatan itu.
Pengarah Imigresen Negeri Musa Sulaiman berkata walaupun kes berkenaan tidak begitu serius di negeri ini, namun jabatan itu tidak akan memandang remeh perkara itu.
"Ada juga majikan yang menggaji pekerja asing yang menggunakan pasport kosong ini yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat mereka, tetapi tidak masuk ke negara ini secara sah.
Jabatan Imigresen Sabah tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang atau mengganggu kedaulatan negara, termasuk penggunaan pasport kosong," katanya pada majlis Dialog Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dengan Persatuan Cina Tawau di sini.
Musa menjelaskan hanya pasport yang melalui prosedur ditetapkan kerajaan sahaja yang boleh diguna pakai untuk tinggal dan mendapatkan pekerjaan di negeri ini.
IMIGRESEN-PASPORT 2 (AKHIR) TAWAU
Mengulas mengenai sesi dialog itu, beliau berharap lebih banyak sesi seperti itu diadakan dengan para majikan tampil menyuarakan segala isu berkaitan imigresen yang membelenggu mereka.
"Kita berharap daripada sesi ini kita mendapat maklum balas dan dapat memberi perkhidmatan secara efisien dan dalam masa sama kita dapat terus mengingatkan majikan agar sentiasa menggaji pekerja yang memiliki dokumen sah," katanya.
Musa berkata menggaji pekerja asing yang memiliki dokumen sah dapat mengelak majikan daripada berhadapan tindakan undang-undang sekali gus dapat mengukuhkan aspek keselamatan.
"Kita tidak mahu para majikan ini menggaji pekerja yang kita tidak ketahui identitinya dan jangan hanya memikirkan aspek keuntungan semata-mata tetapi fikir sekali aspek keselamatan," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017

Sesetengah PATI didapati memiliki pasport yang betul, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.

Warga Bangladesh didakwa beri rasuah kepada inspektor polis
Seorang penjual kelapa warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM3,900 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.

Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.

Imigresen Johor tahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi berasingan di sekitar daerah Mersing, Batu Pahat dan Johor Bahru pada Isnin hingga Rabu lepas.

Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram
Polis menahan tujuh warga asing dipercayai cuba keluar dari Malaysia secara haram di Teluk Gadong, Klang dekat sini pada 1 pagi tadi.

Warga Israel masuk guna pasport Perancis yang sah - Saifuddin
Lelaki warga Israel yang ditahan polis bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di ibu negara, Rabu lepas masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis yang sah.

Enam warga asing ditahan dalam operasi di sebuah kondominium mewah
Mereka yang ditahan adalah warga China dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan kerja sosial.

Imigresen laksana program 'omnipresence' pantau warga asing
Pemantauan itu bagi memastikan warga asing mematuhi peraturan dan undang-undang imigresen serta tidak menyalahgunakan dokumen perjalanan diberikan.

Pelancong diberi kelonggaran isi MDAC di pintu masuk negara buat masa ini - Saifuddin Nasution
Buat masa ini, pelancong asing yang dikehendaki mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) tiga hari sebelum ketibaan mulai 1 Dis lepas, diberi kelonggaran berbuat demikian di pintu masuk negara.

'Naik tongkang, jalan kaki sejam dalam hutan masuk Malaysia'
Dijanjikan masuk ke negara ini untuk bekerja secara sah, namun ditipu ejen yang menghilangkan diri secara tiba-tiba bersama dokumen perjalanan.