Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini melancarkan Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya yang diperoleh pada 2008 melalui geran khas kerajaan.
Pada pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi IKIM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan hanya dihadiri oleh jemputan serta turut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial IKIM pada Jumaat, koleksi pelbagai bahasa merangkumi 8,001 jilid buku dan jurnal mengenai pelbagai subjek berkaitan peradaban Islam diperkenalkan.
"Antaranya ialah karya-karya nadir dari abad ke-17, ke-18, ke-19 dan awal abad ke-20. Khazanah berharga ini ditempatkan di ruang khas di perpustakaan institut ini dan kini dapat diakses secara rasmi oleh para penyelidik dan sarjana.
"IKIM juga sedang mengusahakan pendigitalan keseluruhan koleksi dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia," kata IKIM dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu, koleksi berharga tersebut menjadikan perpustakaan IKIM sebagai antara segelintir perpustakaan di Malaysia dan mungkin juga di Asia Tenggara yang memiliki koleksi seumpama.
Koleksi tersebut merangkumi karya agung berkaitan seni bina hingga seni hiasan, karya-karya yang kurang dikenali mengenai senjata dan perisai, tekstil, tembikar, barangan logam, kaca dan ciri-ciri hiasan yang memberikan keunikan kepada kesenian Islam.
Koleksi itu turut meliputi pelbagai domain geografi dari kawasan asal umat Islam di Semenanjung Tanah Arab hingga ke Turki, Parsi, Afrika Utara, selatan Sahara di Afrika, Sepanyol, India, Asia Tengah dan Kepulauan Melayu.
Sementara itu, Ahmad Sarji dalam ucapannya berkata IKIM sedang berbincang dengan Arkib Negara Malaysia mengenai kaedah menjaga buku-buku tersebut, termasuk membaik pulih naskhah yang rosak dan pendigitalan koleksi bagi memastikan aset negara yang tidak ternilai berkenaan dapat dipelihara.
Katanya perbincangan itu akan membuka laluan untuk pemeteraian memorandum perjanjian di antara kedua-dua pihak.
"Kami berharap Koleksi Khas ini dapat menarik minat sarjana dan penyelidik. Koleksi Khas ini telah dikatalogkan sepenuhnya dan kini dapat diakses untuk carian dalam talian melalui laman web Perpustakaan IKIM.
"Penggunaan Koleksi Khas ini akan ditadbir dengan peraturan dan undang-undang seperti institusi lebih ternama yang mempunyai koleksi serupa iaitu Bodleian Library di Universiti Oxford, perpustakaan Universiti Cambridge dan Perpustakaan Negara Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020

Ahmad Sarji Abdul Hamid menyempurnakan pelancaran yang disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial IKIM. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Allahyarham, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, berusia 82 tahun.

IKIM lancar Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini melancarkan Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya yang diperoleh pada 2008.

Arie Irawan satu daripada bintang cemerlang PGM - Tun Ahmad Sarji
Ahmad Sarji yang sedih dengan kepergian bintang golf berusia 28-tahun itu berkata, Arie pernah memenangi tiga kali pada PGM Tour.

Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia yang baharu berkuat kuasa 4 Feb lepas.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam terima watikah pelantikan
Ahli jawatankuasa berkenaan diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, sebagai pengerusi.

Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tindakan kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi petrol RON95 sejak Disember 2014, bukan penyebab utama kenaikan harga bahan bakar berkenaan.

ASNB umum pengagihan pendapatan 7.75 sen seunit buat ASB 2
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7.75 sen seunit dan agihan pendapatan khas 0.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Saintis Australia rangkul Anugerah Sains Mahathir 2013
Saintis Australia, Prof. Alan Cowman telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Sains Mahathir 2013 atas penemuan penyelidikan beliau mengenai malaria.