Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan tindakan kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi petrol RON95 sejak Disember 2014, terbukti bukan penyebab utama kenaikan harga bahan bakar berkenaan.
Jelasnya, ini berdasarkan harga bahan bakar itu pada Januari 2015 sebanyak RM1.90 seliter selepas subsidi dimansuh dan diapungkan mengikut harga pasaran dan mencecah paras lebih rendah pada masa ini.
"Sewaktu kita (melaksanakan langkah) memansuhkan subsidi minyak, harga RON95 pada Januari 2015 adalah RM1.90 seliter berbanding dengan RM1.70 sen seliter pada hari ini.
"Malah, harganya pernah mencecah paras terendah RM1.60 seliter.
"Oleh itu, harga minyak RON95 seliter sekarang adalah lebih rendah berbanding dengan harga terdahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) 2016 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Stadium Mini Tapah di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pemansuhan subsidi bahan bakar berkenaan sejak 2014 juga dapat membantu kerajaan menjimatkan berbilion ringgit.
"Pada 2013 misalnya, kerajaan membelanjakan sebanyak RM29 bilion bagi tujuan subsidi RON95, RON97 serta diesel," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memainkan peranan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia serta Projek Perumahan 1Malaysia.
"Tidak kurang penting adalah penubuhan Klinik Rakyat 1Malaysia yang mana kos perbelanjaan kesihatan negara ini berada di tahap terendah dunia berikutan bayaran yang ditetapkan adalah sangat minimum," katanya.
Bernama
Wed Apr 20 2016
Berdasarkan harga bahan bakar itu pada Januari 2015 sebanyak RM1.90 seliter selepas subsidi dimansuh dan diapungkan mengikut harga pasaran dan mencecah paras lebih rendah pada masa ini. - Gambar fail
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Allahyarham, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, berusia 82 tahun.
IKIM lancar Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini melancarkan Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya yang diperoleh pada 2008.
Arie Irawan satu daripada bintang cemerlang PGM - Tun Ahmad Sarji
Ahmad Sarji yang sedih dengan kepergian bintang golf berusia 28-tahun itu berkata, Arie pernah memenangi tiga kali pada PGM Tour.
Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia yang baharu berkuat kuasa 4 Feb lepas.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam terima watikah pelantikan
Ahli jawatankuasa berkenaan diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, sebagai pengerusi.
Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tindakan kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi petrol RON95 sejak Disember 2014, bukan penyebab utama kenaikan harga bahan bakar berkenaan.
ASNB umum pengagihan pendapatan 7.75 sen seunit buat ASB 2
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7.75 sen seunit dan agihan pendapatan khas 0.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)
Saintis Australia rangkul Anugerah Sains Mahathir 2013
Saintis Australia, Prof. Alan Cowman telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Sains Mahathir 2013 atas penemuan penyelidikan beliau mengenai malaria.