Pemilik premis di kompleks beli belah Ampang Park berang apabila memorandum berhubung rintihan mereka yang dihantar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dua bulan lalu, tidak dijawab sehingga kini.
Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pemilik-pemilik asal di situ kesal dengan sikap tidak ambil endah berhubung isu terbabit.
Menurut Ridzuan, pihaknya bukan mahu membantah projek MRT tetapi ia seharusnya tidak membabitkan perobohan Ampang Park.
"Kenapa Menteri Wilayah jadi bisu?
"Kita hantar memo tak jawab, seolah-olah tak hormat 40,000 pengundi di sini.
"Adakah pengundi di sini tak penting?
"Bagi PM, satu undi pun penting, jangan susahkan Perdana Menteri," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohd Ridzuan ditemui Astro AWANI selepas mengadakan protes di hadapan kompleks beli-belah Ampang Park, yang turut disertai kira-kira 100 orang.
Menurut Ridzuan, Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan ada memberikan surat memangggil beberapa pemilik premis untuk berjumpa bagi menentukan jumlah pampasan yang wajar mereka terima jika perobohan Ampang Park berlaku.
Bagaimanapun, beliau mendakwa apa yang dilakukan oleh pihak terbabit sebagai 'wayang'.
Sebelum ini Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa syarikat itu tidak bertemu dengan pemilik kedai bagi menyelesaikan isu berkaitan Ampang Park.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata pada awal Mei lalu, memandangkan isu ini sedang melalui prosiding undang-undang sebarang perbincangan antara MRT Corp dan pemilik lot dihentikan.
Pusat beli-belah itu kini dalam proses diambil alih oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan membina Stesen Ampang Park bagi laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya.
Hilal Azmi
Thu May 25 2017
Sebahagian daripada peserta protes menzahirkan mesej mereka di hadapan kompleks beli-belah Ampang Park pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Raya ini, Ampang Park dah tiada ...
TRADISI membeli-belah menjelang perayaan sebenarnya sangat sebati dalam diri warga kota malah seluruh rakyat negara ini.
MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park
Walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.
Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park
Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn Bhd yang memutuskan untuk menutup perniagaannya yang telah beroperasi selama 44 tahun.
Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park?
Mercu tanda perniagaan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu dikatakan kini semakin lesu dan menanti rebah apabila semakin tenggelam daripada mendapat perhatian pengunjung.
AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu
Naib Presiden McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkongsi tentang restoran McDonald's baharu selepas penutupan cawangan di Ampang Park dan isu boikot restoran makanan segera tersebut.
Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota
Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi menjadi satu titik pertemuan, perpisahan dan pelbagai kenangan sepanjang 44 tahun buat warga kota.
Detik-detik terakhir Ampang Park
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai masih lagi berpusu-pusu serta tidak melepaskan peluang berkunjung ke pusat beli belah Ampang Park sebelum ditutup buat selamanya.
Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park
Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan pengunjung, termasuk pelanggan setianya yang mengambil kesempatan menjejakkan kaki buat kali terakhir bagi mengimbau nostalgia.
Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup
Jenny Lee, 45, antara pemilik strata yang terpaksa hentikan perniagaan di Ampang Park, bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan
Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.