SUASANA suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan pengunjung, termasuk pelanggan setianya yang mengambil kesempatan menjejakkan kaki buat kali terakhir bagi mengimbau nostalgia di pusat beli-belah yang bakal ditutup pada 31, Disember ini.
Selepas 'berkhidmat' selama 44 tahun, kompleks ikonik yang pernah menjadi tumpuan ramai bagi membeli keperluan harian, pakaian, restoran, membayar bil (pejabat pos), perkhidmatan perbankan, membaiki telefon pintar, kedai foto, khidmat penukaran mata wang sehinggalah hiburan seperti karaoke, bakal diroboh demi memberi laluan kepada pembangunan baharu.
Ibarat bakal kehilangan 'sahabat,' begitulah perasaan ramai pelanggan terutama golongan berusia yang enggan melepaskan peluang merakam gambar dalam kompleks yang dibina pada Mac 1973 itu.
Ampang Park, dimajukan oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd dan menelan kos sebanyak RM10 juta pada masa itu.
Selain mengunjungi kedai yang melakukan jualan murah dengan potongan harga sehingga separuh, ada pengunjung mengambil kesempatan mendapatkan maklumat lokasi baharu kedai manakala yang lain bersembang mengimbau kenangan di bangunan tersebut.
Shalina Tukiran, 47, yang berkhidmat sebagai kerani di Public Bank berhampiran, berkata beliau sering membeli-belah di Ampang Park sejak 1996 berikutan lokasi yang dekat dengan pejabatnya.
Tambahan pula ciri Ampang Park yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan ramai.
"Semua ada di sini daripada makanan, pakaian dan jam. Kami ke sini pun pada hari ini untuk merakam gambar berlatarbelakangkan paparan papan tanda Ampang Park itu," katanya.
Bagi sekumpulan wanita berusia pula, Ampang Park menjadi lokasi mereka untuk bertemu sahabat sejak sekian lamanya.
"Kalangan anak muda tidak mungkin dapat merasai kesedihan sebagaimana yang kami rasai. Ini merupakan tempat kami kunjungi sejak dari zaman persekolahan dulu," kata salah seorang daripada wanita itu.
Pemilik kedai kopi dari Sungai Petani, Kedah, yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi, 76, yang sedang bercuti di ibu negara, pula mempunyai pandangan berbeza.
Beliau lebih memilih untuk melihat bangunan itu dimajukan sebagai tapak pembangunan dan stesen Transit Aliran Massa (MRT) serta sebahagian rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT).
Baginya, sistem pengangkutan dan infrastruktur awam yang cekap jauh lebih penting sejajar pembangunan pesat di Kuala Lumpur.
"Sudah terlalu banyak pusat beli-belah di sini. Bagi saya keperluan pengangkutan itu lebih penting berbanding nilai sentimental (untuk mengekalkannya)," katanya.
Ooi berkata, ini merupakan kunjungan pertama ke Kuala Lumpur selepas 20 tahun dan amat kagum dengan mercu tanda, kemudahan pengangkutan dan perkhidmatan berkaitan seperti Uber dan GrabCar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017

Ibarat bakal kehilangan 'sahabat,' begitulah perasaan ramai pelanggan terutama golongan berusia yang enggan melepaskan peluang merakam gambar dalam kompleks yang dibina pada Mac 1973 itu. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.

Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.

Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.

Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.

Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.

MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.

Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.

Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.

Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.

Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.