KEPALA BATAS: Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Medan di pekarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang akan mula beroperasi dan menerima pesakit mulai Selasa ini.
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi, berkata secara keseluruhannya, semua persiapan sudah lengkap dan ICU sudah bersedia menerima kemasukan pesakit.
Mohd Zakaria berkata, sesi 'dry run' ICU Medan itu dijangka akan dilakukan pada Isnin ini bagi menguji semua peralatan di wad berkenaan.
"Dalam tinjauan yang kita laksanakan, kita dapati (ia) ikut jadual yang ditetapkan dan kita jangka dalam masa terdekat keseluruhan persiapan akan lengkap dan dioperasikan," katanya.
Dalam pada itu Mohd Zakaria berkata, ATM akan melihat permohonan dan juga aset yang dimiliki ATM sebelum membina lebih banyak ICU Medan di negeri-negeri lain.
"Kita masih lagi melihat kepada permohonan dan kita juga melihat keperluan atau pun aset yang kita ada. Kita akan cuba membantu setakat yang mampu, tetapi kita menyatakan ada juga keperluan bantuan yang diperlukan bagi membolehkan kita beri bantuan selanjutnya seperti tenaga kerja, doktor, paramedik dan juga alat khusus," ujarnya.
Dalam pada itu, Zakaria berkata, ICU Medan HKB akan menempatkan kekuatan 534 anggota ATM dan 29 staf awam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke ICU Medan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat dan Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.
ICU Medan mampu menempatkan 24 pesakit kritikal COVID-19 dan pembinaannya berkonsepkan sistem hibrid yang menggunakan kombinasi Modul Kontena dan Kompleks Khemah Utilis yang akan dilengkapi peralatan perubatan yang diperlukan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 23 2021

Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Medan di pekarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang akan mula beroperasi dan menerima pesakit mulai Selasa ini. - Foto ihsan ATM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

ICU Medan dijangka terima pesakit mulai Selasa ini
Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Medan di pekarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang akan mula beroperasi dan menerima pesakit mulai Selasa ini.