MELAKA: Berdepan pelbagai reaksi negatif termasuk herdikan kata-kata kesat ketika mengutip barangan terpakai tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, untuk meneruskan pekerjaan itu bagi membesarkan empat anak perempuannya.
Umi Nur Faizah yang mesra dipanggil Umi berkata dia terpaksa melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, jijik dan busuk itu sejak lebih lima tahun lepas di sekitar Kawasan Perindustrian Malim di sini menggunakan kereta sorong untuk mengangkut barangan terpakai yang dikutipnya.
"Biasalah manusia...ada yang kasihan bila melihat saya mengutip barangan terpakai, ada yang menghina sebabnya saya bergelumang dengan sampah.
"Itu semua terpaksa saya telan sehingga dah jadi perkara biasa bagi saya. Apa yang lebih penting adalah mencari rezeki untuk besarkan anak-anak," katanya kepada Bernama di Malim di sini hari ini.
Umi berkata sepanjang Ramadan, dia akan mula mencari kotak bermula 8 pagi hingga 5 petang dan pendapatan yang diraih bergantung pada jenis barangan terpakai yang berjaya dikutipnya.
Menurutnya pendapatan yang diperoleh pernah hanya sekitar RM10 sahaja walaupun telah seharian bekerja namun pernah juga mencecah hingga RM100 lebih sehari jika bernasib baik mengutip besi, aluminium atau tembaga.
Umi berkata kedaifan hidup mereka sekeluarga ditempuhi dengan berlapang dada, sentiasa bersyukur dan mengutamakan keperluan berbanding nafsu atau keinginan.
"Cukup atau tidak pendapatan yang saya dapat sebulan, saya kena cukupkan juga. Kita jangan lihat atau bandingkan dengan kehidupan orang lain kerana sampai bila-bila pun tidak akan cukup.
"Saya bersyukur kerana anak-anak faham dengan apa yang mereka lalui dan tidak pernah meminta atau cerewet tentang makanan," katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM50 sehari kecuali pada Ramadan.
Umi berkata dua anaknya yang berusia enam dan sembilan tahun sering menemaninya mengutip barangan terpakai manakala dua lagi yang berusia 13 dan 15 tahun terpaksa dihantar ke sebuah madrasah di Alor Gajah bagi memastikan mereka mendapat pendidikan dan perhatian yang lebih baik ekoran kesibukannya mencari rezeki.
Menurut Umi, keempat-empat anaknya menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM650 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan makanan bernilai RM200 daripada Majlis Agama Islam Melaka serta RM50 sebulan untuk tiga anaknya yang berusia sembilan, 13 dan 15 tahun.
Katanya dia sangat berhati-hati dengan perbelanjaan harian mereka bagi memastikan bantuan dan pendapatan yang diperoleh digunakan sebaiknya terutama membayar sewa rumah serta membeli barangan dapur.
Mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Umi berkata setakat ini dia belum dapat membeli pakaian baharu untuk anak-anak dan dirinya sebaiknya lebih mementingkan makanan dan keperluan harian mencukupi.
"Sedih memang sedih tetapi tiada pakaian baharu bukan bermakna tidak boleh berhari raya seperti orang lain, anak-anak saya faham keadaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Umi berkata sepanjang Ramadan, dia akan mula mencari kotak bermula 8 pagi hingga 5 petang dan pendapatan yang diraih bergantung pada jenis barangan terpakai yang berjaya dikutipnya. - Gambar/ Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.

Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.

Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.

Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.

Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.

Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.

Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.