Gambar seorang wanita memegang erat tangan anak perempuannya yang sedang nazak selepas terlibat kemalangan di Jalan Simpang Tiga Ladang Victoria, Padang Serai, Kulim, dekat sini, yang tular di media sosial meruntun hati netizen.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Siti Aishah Mohamad Zuki, 16, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman selepas tercampak dari motosikal ditunggang bersama ibunya, Fatayah Che Lad, 46, dari arah Sidam Kanan menghala Padang Serai akibat bergesel dengan treler.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, sebuah treler cuba membelok ke kiri dan motosikal dinaiki dua beranak membelok ke kanan ketika tiba di simpang berkenaan,
"Siti Aishah maut sementara Fatayah patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Kulim akibat kemalangan itu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Zuki Abdul Hamid, 49, berkata, isterinya dalam perjalanan menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke kelas tuisyen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Serai sebelum ditimpa kemalangan.
Menurutnya, anak perempuannya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan sememangnya rajin menghadiri kelas tuisyen anjuran sekolah memandangkan ingin meraih keputusan cemerlang.
Katanya, dia reda dengan ketentuan meskipun bersedih dengan kejadian itu lebih-lebih lagi apabila mengenangkan impian anak perempuan tidak dapat ditunaikan.
Terdahulu, tular foto meruntun jiwa seorang wanita memegang tangan anak perempuannya selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di beberapa laman sosial Facebook.
Sinar Harian
Fri Oct 11 2019

Gambar Fatayah memegang anak perempuannya, Siti Aisyah yang sedang nazak selepas terbabit dalam kemalangan tular di laman sosial Facebook. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ibu genggam tangan anak nazak runtun hati netizen
Sebuah treler cuba membelok ke kiri dan motosikal dinaiki dua beranak membelok ke kanan ketika tiba di simpang berkenaan.