Dua beranak rentung apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam kebakaran di Jalan Maharaja Lela, Batu 6 1/2, Hutan Melintang, di sini, awal pagi Rabu.
Kejadian jam 3.30 pagi itu meragut nyawa seorang wanita S. Kalaivani, 48, bersama anak perempuannya G.Vikneswary, 13.
Sementara itu, suami S.Kalaivani, R.Ganasegaran, 51, pula cedera parah selepas terjun dari rumah setelah gagal menyelamatkan anak dan isterinya.
Lebih menyayat hati, kedua beranak itu dijumpai rentung dalam keadaan berpelukan di ruang tamu di dalam bilik di tingkat atas.
Pengarah Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri Perak Datuk Yahaya Madis berkata kedua-dua mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri namun gagal ekoran asap tebal dan api yang marak.
"Orang ramai memaklumkan ada dua mangsa terperangkap di dalam rumah dan anggota kita cuba untuk masuk, namun api terlalu marak sehingga memaksa kami mengawal kebakaran dahulu sebelum berjaya menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan berpelukan," katanya.
Sementara itu, jurucakap BBP Hutan Melintang berkata berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 3.53 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi, kami mendapati sebuah rumah kelas B sedang mengalami kebakaran sebanyak 80 peratus sebelum menjumpai mayat kedua-dua mangsa wanita masing-masing berusia 48 dan 13 tahun ketika operasi pemadaman berlaku.
"Difahamkan, seorang lelaki dewasa yang dipercayai ayah kepada remaja perempuan itu mengalami kecederaan parah juga telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum pihak bomba tiba di lokasi," katanya kepada pemberita.
"Operasi yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Tuan Soh Tuan Lah itu memakan masa lebih tiga jam dan tamat sekitar 7.45 pagi," katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Aug 30 2017
Dua beranak rentung apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam kebakaran di Jalan Maharaja Lela, Batu 6 1/2, Hutan Melintang, di sini, awal pagi Rabu. -Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Kontraktor maut rempuh sekawan lembu
Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kawanan lembu yang melintas jalan di Kilometer 24 Jalan Ferri, Hutan Melintang, semalam.
Lima kedai dua tingkat sederet musnah terbakar
Premis perniagaan di Jalan Rungkup, Sungai Tiang, Hutan Melintang, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi.
6 remaja lelaki ditahan rogol berkumpulan pelajar Tingkatan 2
Lima daripada remaja tersebut merupakan pelajar dari sekolah sama dengan mangsa, manakala seorang lagi sudah berhenti sekolah.
3 kedai sederet musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga pemilik kedai telefon melecur di bahagian muka serta tangan.
Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan
Walaupun ada yang cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut, sembunyi di semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.
Wanita maut digilis selepas motosikal bergesel tayar lori
Seorang wanita maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan tayar sebuah lori.
Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri
Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun.
Menara komunikasi di Batu 10, Hutan Melintang terbakar
Menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Digi yang dikongsi bersama Celcom dan Maxis di Batu 10, Hutan Melintang, terbakar dalam satu insiden pagi Jumaat.
Penuntut dikhuatiri lemas di Sungai Perak selepas selamatkan adik
Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan dihanyutkan arus deras selepas dipercayai menyelamatkan adiknya yang hampir lemas.
Lelaki melecur cuba padam kereta terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang musnah terbakar 90 peratus.