HUTAN MELINTANG: Seorang lelaki melecur di kaki dan tangan ketika cuba memadam kereta miliknya yang terbakar di Taman Seri Emas, di sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi rawatan dan membawa lelaki itu ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.25 pagi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang musnah terbakar 90 peratus.
“Seorang lelaki Melayu pemilik kenderaan mengalami kecederaan kaki dan tangan dalam cubaan memadam kebakaran kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pihak bomba memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran.
Operasi yang diketuai Pegawai Kanan Bomba II Rozali Uyop tamat pada 3.42 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 16 2021
Pihak bomba memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran. - Foto JBPM Perak
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Polis kesan pemandu Proton Wira langgar lari penghantar makanan
Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di sini, semalam.
Empat lelaki maut kereta bertembung lori
Empat mangsa yang juga penumpang Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.
Pekerja kilang maut, terperangkap kereta terbakar
Seorang pekerja kilang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Nyalas - Rim, di sini, pagi tadi.
Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas
Seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Buaya, Hulu Selangor malam tadi.
Polis jejak empat dipercayai suspek curi kereta loloskan diri
Empat lelaki dipercayai suspek curi kereta meloloskan diri di kawasan Seksyen 6, Flat Gugusan Cempaka di sini ketika diburu polis hari ini.