HUTAN MELINTANG: Seramai 59 orang warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Putrajaya dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Perak di sekitar premis dan jeti pelantar ikan di sini, semalam.
Pengarah JIM Perak, Hapdzan Husaini berkata, operasi tersebut dijalankan sekitar jam 1 pagi dan berakhir pada 4 pagi dengan kekuatan seramai 91 orang anggota pelbagai agensi.
Katanya lagi, walaupun terdapat cubaan meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut dan menyembunyikan diri di kawasan semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.
"Berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan yang dibuat, JIM Perak telah bertindak dalam Ops Bersepadu bersama JIM Putrajaya dan Agensi Penguatkusaan Maritim Perak di lokasi sebuah jeti pelantar ikan pada 4 Ogos.
"Seramai 61 orang telah diperiksa terdiri daripada warganegara Myanmar, Thailand dan Indonesia. Daripada jumlah tersebut, 59 orang ditahan melibatkan (1) lelaki warga Thailand, (13) lelaki Indonesia, (2) wanita Vietnam.
"(36) lelaki dan (5) wanita serta (2) kanak-kanak lelaki warga Myanmar berada di lokasi tersebut telah melakukan kesalahan Imigresen.
"Manakala (2) lelaki warga Myanmar telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim bagi tujuan siasatan. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 7 hingga 55 tahun," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Jelasnya, setibanya di tempat kejadian, pasukan serbuan terpaksa memotong pintu pagar premis bagi membolehkan pegawai masuk ke kawasan premis tersebut.
Setiap pintu bilik telah diketuk oleh pegawai kanan dan memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa jabatan untuk memberitahu tujuan kehadiran kepada penghuni yang mendiami bilik-bilik di lokasi serbuan tersebut.
"Kehadiran pasukan operasi di lokasi serbuan menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut dan menyembunyikan diri di dalam semak sekitar lokasi serbuan.
"Mereka gagal meloloskan diri kerana kecekapan pasukan operasi yang berjaya menutup semua ruang dengan mengepung premis berkenaan," katanya.
Justeru katanya lagi, kesemua mereka ditangkap untuk siasatan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu telah melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.
Tambahnya, JIM Perak sentiasa meningkatkan pemantauan dan operasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat dan melaporkan aduan agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut saluran yang betul.
Aida Aziz
Sat Aug 05 2023
Seramai 59 orang warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia Perak, Putrajaya dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Perak di sekitar premis dan jeti pelantar ikan di Hutan Melintang, semalam. - Gambar ihsan JIM Perak
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Polis Johor tahan 189 individu dalam Op Noda Khas
Polis tahan 189 individu termasuk 177 warga asing dalam enam serbuan menerusi Op Noda Khas di Johor Bahru dan Iskandar Puteri bermula Jumaat lepas hingga semalam.
93 warga asing ditahan dalam serbuan di Ampang Jaya - JIM
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 93 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya malam tadi.
17 warga asing ditahan di sekitar Manjung
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 pendatang tanpa izin dalam serbuan di enam premis berasingan di sekitar daerah Manjung.
91 warga asing ditahan di kilang kitar semula besi di Kuantan
Sebanyak 91 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula bahan besi di Kawasan Perindustrian Gebeng, Rabu lepas.
Dua warga asing ditahan guna kenderaan tempatan seludup petrol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan dua warga Thailand yang disyaki menggunakan kenderaan tempatan untuk menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
Pasangan warga asing ejen sindiket permit kerja diberkas
Sepasang warga asing dipercayai ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap.
Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan
Walaupun ada yang cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut, sembunyi di semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.