JOHOR BAHRU: Sepasang warga asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah rumah flat di Pasir Gudang, awal pagi semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharudin Tahir dalam kenyataan berkata menerusi makluman awam, pihaknya telah memeriksa empat individu dan kemudiannya menahan lelaki warga Bangladesh berusia 44 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 37 tahun itu pada pukul 1.15 pagi.
Beliau berkata turut dirampas 13 naskhah pasport antarabangsa warga Bangladesh dan India yang disorok di dalam almari pakaian serta wang tunai berjumlah RM34,983.
"Sasaran utama sindiket ini adalah warga asing yang majoritinya terdiri daripada individu warga Bangladesh yang mempunyai masalah permohonan lanjutan permit kerja serta pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.
"Caj bayaran dikenakan sekitar RM2500 hingga RM3000 bagi satu permohonan," katanya.
Baharuddin berkata pihaknya masih menyiasat sama ada dokumen yang dirampas itu tulen atau palsu.
Beliau berkata wanita itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.
Sementara itu, lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) kerana tanpa kuasa yang sah memiliki pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri, katanya.
Jabatan Imigresen Malaysia katanya memandang serius terhadap kegiatan sindiket yang mengaut keuntungan dengan mengeluarkan atau membekalkan dokumen jabatan itu secara penipuan, dikhuatiri boleh mencemarkan nama baik dan imej jabatan itu.
Baharuddin turut menasihatkan orang ramai agar terus berurusan dengan pejabat Imigresen dan tidak menggunakan orang tengah atau ejen bagi mengelak ditipu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Pihak imigresen telah memeriksa empat individu dan kemudiannya menahan lelaki warga Bangladesh berusia 44 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 37 tahun itu. - Gambar hiasan
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Pasangan warga asing ejen sindiket permit kerja diberkas
Sepasang warga asing dipercayai ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap.