TELUK INTAN: Polis berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki warga Indonesia merentas negeri dengan menyorok di bahagian bonet sebuah kereta semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang di sini, hari ini.
Warga Indonesia berusia 18, 32 dan 36 tahun itu ditahan bersama pemandu kereta sewa yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun sekitar pukul 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menahan kereta jenis Perodua Bezza yang dalam perjalanan menghala Hutan Melintang itu selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kereta itu menemui tiga lelaki berkenaan berbaring dalam keadaan berhimpit di bahagian bonet.
“Semakan mendapati lelaki-lelaki warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.
“Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun,” katanya.
Ahmad Adnan berkata, berdasarkan siasatan, lelaki warga tempatan itu bertindak sebagai pemandu untuk menghantar warga asing berkenaan ke Batu Gajah dengan bayaran RM100 seorang.
Menurutnya, tiga lelaki warga Indonesia itu dikatakan mahu ke Batu Gajah kerana ingin mencari pekerjaan sebagai tukang kebun.
Beliau menambah, keempat-empat lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri yang sah dan tindakan itu merupakan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
Katanya, lelaki warga tempatan berkenaan ditahan reman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki membawa dan melindungi warga asing.
“Tiga lelaki Indonesia itu pula direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 20 2021

Tiga lelaki warga Indonesia berbaring dalam keadaan berhimpit di bahagian bonet sebuah kereta dalam cubaan merentas negeri. - Gambar PDRM
Ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura 2025 kekal pada 2.6%: Tinjauan MAS
Ekonomi Singapura dijangka tumbuh sebanyak 2.6% pada tahun 2025, menurut tinjauan terbaru oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS). Walaupun lebih rendah daripada pertumbuhan 4.4% tahun lalu, ramalan ini mencerminkan cabaran seperti ketegangan geopolitik dan inflasi yang meningkat. Namun, pertumbuhan yang lebih kukuh di China dan kitaran teknologi yang berterusan boleh menjadi faktor positif. Ketahui lebih lanjut tentang ramalan ekonomi ini dan apa yang diharapkan pada tahun 2025.
#AWANIRingkas 20 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 Mac 2025
1️⃣ Isu bina masjid di Jalan Masjid India
2️⃣ Nasib Syed Saddiq diketahui hari ini
3️⃣ Amaran terakhir Israel kepada Palestin
#awaniringkas
1️⃣ Isu bina masjid di Jalan Masjid India
2️⃣ Nasib Syed Saddiq diketahui hari ini
3️⃣ Amaran terakhir Israel kepada Palestin
#awaniringkas

Ringgit tinggi berbanding dolar AS selepas FOMC cenderung turunkan kadar faedah
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4400 ketika ditutup semalam.
Kerugian banjir RM933.4 Juta: Implikasi ekonomi dan langkah mitigasi
Malaysia mencatatkan kerugian besar akibat banjir pada tahun 2024, dengan jumlah kerugian mencecah RM933.4 juta. Laporan khas oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan impak besar terhadap tempat kediaman, infrastruktur awam, dan sektor pertanian. Ketahui lebih lanjut tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kerugian ini dan meningkatkan ketahanan terhadap banjir di masa hadapan.
AWANI Pagi: Menuju Sifar Sisa Sampah, Elak Krisis Pencemaran
Sempena Hari Sisa Sifar Antarabangsa yang disambut pada 30 Mac setiap tahun, diskusi Awani Pagi Khamis bersama Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Datuk Ramli Mohd Tahir membincangkan mengenai ikrar menuju sisa sampah dalam usaha mengelakkan berlakunya krisis pencemaran pada masa depan.

Anita Azrin Pengerusi PSM baharu
Bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu berkuat kuasa hari ini.
“DBKL telah mengenal pasti lokasi pemindahan baru” - Datuk Bandar
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata bagi memastikan penganut Hindu dapat terus menjalakan aktiviti keagamaan dengan selesa dan harmoni, DBKL telah mengenal pasti lokasi pemindahan baru.
#AWANInews
#AWANInews
[DATA & STATISTIK] Kerugian RM933.4 juta akibat banjir: Impak besar kepada ekonomi Malaysia
Malaysia mengalami kerugian besar sebanyak RM933.4 juta akibat banjir pada tahun lepas, bersamaan 0.05 peratus daripada KDNK. Kerugian terbesar dicatatkan dalam sektor kediaman, aset awam, dan infrastruktur. Sektor pertanian juga terjejas teruk. Ketahui lebih lanjut tentang impak banjir ini dan bagaimana ia mempengaruhi ekonomi negara.

Johor dilanda banjir, 10 PPS dibuka
Terdapat 893 mangsa daripada 257 keluarga yang terjejas dan telah dipindahkan ke PPS.
Sidang media Datuk Bandar Kuala Lumpur
Sidang media mengenai pembinaan masjid di Jalan Majid India oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif di Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman.

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri
Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun.