Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya di rumah pasangan itu, di sini antara 18 dan 19 Okt lalu.
Roshimah Abdullah, 27; Mohd Sapawi Ab Talib, 27; dan Shukur Ab Talib, 31; didakwa membunuh kanak-kanak kurang upaya, Mohamad Roshamnudin Abdullah, 11, pada 8.30 malam (18 Okt) hingga 4.30 petang (19 Okt) di rumah pasangan itu di Kampung Bukit Tekedai, Endau, dekat sini.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit ke-salahan.
Mohamad Roshamnudin merupakan anak kandung kepada Roshimah daripada perkahwinan lalu dan Mohd Sapawi, yang bekerja sebagai pemotong rumput merupakan bapa tiri kepada Mohamad Roshamnudin.
Ketiga-tiga tertuduh, yang tidak diwakili peguam itu, mengangguk faham bila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mazana kemudiannya menetapkan 7 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan DNA, kimia dan forensik.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin.
Pada 19 Okt lalu, Mohamad Roshamnudin didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibunya.
Bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya itu, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 02 2016
![Ibu, bapa tiri, bapa saudara didakwa bunuh anak OKU di Mersing Ibu, bapa tiri, bapa saudara didakwa bunuh anak OKU di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449934363_WOMENHANDCUFF.jpg)
Pada 19 Okt lalu, Mohamad Roshamnudin didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibunya. - Gambar hiasan
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Penganggur tidak mengaku subahat kes rogol adik ipar Penganggur tidak mengaku subahat kes rogol adik ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694158827_penganggur.jpg)
Penganggur tidak mengaku subahat kes rogol adik ipar
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah, minggu lalu.
![Rogol bergilir-gilir: Polis tahan abang ipar mangsa Rogol bergilir-gilir: Polis tahan abang ipar mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688358452_handcuff.jpg)
Rogol bergilir-gilir: Polis tahan abang ipar mangsa
Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.
![Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689928944_WomenSilhoutte.jpg)
Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.
![Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605276640_Terengganu.jpg)
Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit
Mayat lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia tiga minggu lalu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 5 petang.
![Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574654587_TBMAUTDITEMBAK.jpg)
Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu
Pihaknya menerima laporan berhubung kes itu selepas suspek, yang juga abang ipar mangsa, tampil ke balai polis untuk menyerah diri pada pagi Ahad.
![Ibu, bapa tiri, bapa saudara didakwa bunuh anak OKU di Mersing Ibu, bapa tiri, bapa saudara didakwa bunuh anak OKU di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449934363_WOMENHANDCUFF.jpg)
Ibu, bapa tiri, bapa saudara didakwa bunuh anak OKU di Mersing
Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah Majistret Mersing atas pertuduhan membunuh anaknya di rumah pasangan itu, di sini antara 18 dan 19 Okt lalu.