HULU TERENGGANU:Mayat seorang lelaki yang dikehendaki kerana melarikan kenderaan ditemui reput dalam pacuan empat roda di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Nibong, Ajil di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia tiga minggu lalu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 5 petang.
"Mayat itu berada di tempat duduk pemandu. Hasil siasatan awal berdasarkan keadaan mayat, dipercayai lelaki tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga minggu lepas.
"Identiti mangsa telah kita kenal pasti iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kampung Tok Randok, Ajil.
"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Jumaat.
Mohd Adli berkata, pihaknya percaya lelaki itu merupakan suspek yang melarikan pacuan empat roda milik abang iparnya ketika berada di Balai Polis Ajil tiga minggu lalu.
"Ketika itu, abang ipar lelaki itu membawanya ke Balai Polis Ajil dipercayai berkaitan kes penyalahgunaan dadah, namun dia bertindak melarikan kenderaan itu ketika abang iparnya berada di dalam balai," katanya.
Nur Fazlizai Ali
Fri Nov 13 2020
![Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605276640_Terengganu.jpg)
Polis percaya lelaki itu merupakan suspek yang melarikan pacuan empat roda milik abang iparnya ketika berada di Balai Polis Ajil tiga minggu lalu. -Astro AWANI
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719147565_ZakiHarun.jpg)
PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.
![Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714819963_RazarudinHusain.jpg)
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
![Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713601362_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
![Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713568410_tbAudreyFangcase.jpg)
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
![Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712469836_AnggotaMaritimdite.jpg)
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
![Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat lima kes samun, menyamar pegawai Imigresen Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat lima kes samun, menyamar pegawai Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705122563_MohdYusriHassanBa.jpg)
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat lima kes samun, menyamar pegawai Imigresen
Dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Ipoh dan Gerik oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh.
![Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas
Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.
![Dua suspek disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM46,953 Dua suspek disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM46,953](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706075317_HandcuffGari.jpg)
Dua suspek disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM46,953
Wanita dan lelaki masing-masing berumur 23 tahun itu ditahan di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah.
!['Tokan' dadah dikehendaki antara 3 dicekup 'Tokan' dadah dikehendaki antara 3 dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705545633_TBSERBUTOKANjpg.jpg)
'Tokan' dadah dikehendaki antara 3 dicekup
Suspek ditahan bersama dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dipercayai penagih dadah.
![Lelaki khianat api di rumah Ahli Parlimen Beruas dituduh esok Lelaki khianat api di rumah Ahli Parlimen Beruas dituduh esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705122563_MohdYusriHassanBa.jpg)
Lelaki khianat api di rumah Ahli Parlimen Beruas dituduh esok
Sebelum ini, lelaki yang ditahan di Shah Alam, Selangor pada 12 Jan lepas, ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.