JOHOR BAHRU: Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, ini termasuk lelaki yang ditemui bersama-sama kanak-kanak perempuan berkenaan dalam hotel murah di Batang Kali, Selangor pada Selasa.
"Setakat ini, jumlah tangkapan masih kekal lima orang. Reman empat daripada mereka akan tamat esok, jika tiada keperluan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis manakala reman ke atas suspek terakhir akan tamat pada 29 Julai depan.
"Saya ingin tegaskan bahawa ibu dan bapa kepada mangsa tidak mengenali kesemua suspek, namun siasatan masih diteruskan sama ada kelima-lima suspek mengenali satu sama lain.
"Motif penculikan dan hubungan antara kelima-lima suspek juga masih dalam siasatan. Persoalan berkaitan baju tertera logo festival yang dipakai suspek kelima, pakaian itu boleh dibeli di festival berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Afandi Senin dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
Bagaimanapun, Kumar memberitahu masih terlalu awal untuk mengatakan siasatan berhubung kes penculikan itu telah lengkap kerana pihaknya masih menyiasat pelbagai aspek lain.
"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Sementara itu, saya ingin berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantu menyalurkan maklumat sehingga kanak-kanak berkenaan berjaya ditemukan dengan selamat.
"Masyarakat juga banyak memberi maklumat dan kerjasama untuk kita sama-sama memastikan Johor kekal selamat untuk semua pihak," jelasnya.
Pada Sabtu, Albertine Leo dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika berada festival Bon Odori yang berlangsung di Eco Galleria, Iskandar Puteri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 25 2024

Kumar (tengah) ketika sidang akhbar berkenaan perkembangan kes culik di IPK Johor, Johor Bahru, pada Khamis. (Gambar kecil: Albertine Leo Jia Hui)

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak di Rawang dipercayai terlalu rindu anak
Lelaki warga Nepal yang cuba menculik seorang kanak-kanak di Rawang pada Selasa dipercayai berbuat demikian kerana terlalu merindui anaknya.

Ibu bapa Albertine Leo tidak kenal mana-mana suspek culik
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.

Culik Albertine Leo: Suspek kelima direman tujuh hari
Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria di Iskandar Puteri pada Sabtu, direman tujuh hari.

Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.

AS kenakan sekatan ke atas pegawai Rusia culik kanak-kanak Ukraine
Kerajaan AS telah mengenakan sekatan ke atas pegawai Rusia termasuk visa mereka kerana terlibat dalam penculikan kanak-kanak Ukraine.

Dilihat berlegar-legar: 'Van putih tular milik polis, bukan penculik'
Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di Raub.

Culik kanak-kanak: Jangan guna fakta tidak benar - Polis Terengganu
Polis Terengganu mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan isu keselamatan tanpa fakta sebenar, berhubung dakwaan berlaku kes penculikan dan cubaan menculik kanak-kanak sekolah.

Kes culik kanak-kanak di Kelantan makin menjadi-jadi? Ini penjelasan polis
Polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya netizen supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan
Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini.