KUALA LUMPUR: Polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya netizen supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dakwaan cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak di perkarangan sekolah yang berlegar-legar di laman media sosial sejak kebelakangan ini didapati tidak berasas.
"Beberapa posting yang dimuat naik dalam media sosial dan ditularkan telah mendorong PDRM khususnya kontinjen Kelantan menjalankan siasatan.
"Dakwaan yang mengaitkan indvidu mencurigakan berada di perkarangan sekolah atau tempat-tempat tertentu telah disiasat oleh pihak polis, namun kesemua dakwaan berkenaan tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak," katanya menerusi satu kenyataan malam ini.
Katanya tindakan menyebar bahan atau perkara tidak berasas sehingga boleh menimbulkan kegelisahan awam dan ketakutan dalam masyarakat merupakan satu kesalahan.
Katanya, mereka terlibat boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mendatangkan kegusaran awam) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duamya.
Mereka juga boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50, 000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengulas lanjut, polis telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan cubaan menculik pelajar sekolah rendah masing-masing di daerah Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh, baru-baru ini.
"Hasil siasatan pihak polis mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah berkenaan tidak mempunyai nait untuk menculik sebaliknya mempunyai urusan lain.
"(Bagi dakwaan kes di Kuala Krai) bila kita jalankan siasatan, rupa-rupanya individu yang dikatakan cuba menculik itu rupanya kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusan untuk membuat kutipan bulanan dari pelanggan di situ," katanya.
Muhamad Zaki berkata, kejadian seumpama itu turut didakwa berlaku di kawasan Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada awal September lepas, sehingga seorang lelaki kurang siuman menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah orang ramai kerana didakwa cuba menculik kanak kanak.
Semalam, tular sepucuk surat sebuah sekolah di Kelantan yang mengingatkan ibu bapa supaya menjaga dan mengawasi anak-anak mereka sewaktu menghantar dan mengambil dari sekolah, berikutan risiko menjadi mangsa culik.
"Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas tular dakwaan seumpama itu, namum ia tidak benar dan tidak berasas apatah lagi yang mengaitkan mengenai sindiket mengambil organ kanak-kanak dan sebagainya," tambahnya.
Muhamad Zaki meminta orang ramai supaya merujuk sesuatu kejadian dan dakwaan itu melalui sumber sahih termasuk daripada polis supaya tidak berlaku kekeliruan.
Tular sejak beberapa hari ini hantaran dan muat naik di media sosial mengaitkan dakwaan menculik kanak-kanak sehingga timbul keresahan dalam kalangan orang ramai.
Vivi Sumanti
Mon Sep 26 2022

Muhamad Zaki berkata, dakwaan cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak di perkarangan sekolah yang berlegar-legar di laman media sosial sejak kebelakangan ini didapati tidak berasas. - Foto PDRM
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Kes culik kanak-kanak di Kelantan makin menjadi-jadi? Ini penjelasan polis
Polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya netizen supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.