Pengarah dan vlogger YouTube terkenal Namewee berkata isu pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah isu perkauman.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook, Namewee berkata ia merupakan isu tentang pencuri, gangster dan polis.
“Ada orang cakap itu kes perkauman.
“Untuk saya, saya nampak dalam video-video itu ada kaum polis, kaum pencuri dan kaum gangster... tetapi saya tidak nampak kaum lain,” katanya.
Dalam video berdurasi 63 saat itu, Namewee bertanyakan tentang warna jam, pemetik api, topi dan seluar pendek.
Namun Namewee akui para penonton tidak boleh menjawab soalan berkenaan kerana video berkenaan dalam hitam putih.
“Warga Malaysia, sabar, isu dekat Low Yat bukan tentang warna, bukan tentang kaum, ia tentang pencuri, gangster, dan polis.
“Semua orang, sabar... biar polis selesaikan. Katakan tidak kepada perkauman dan tidak kepada pergaduhan,” akhiri Namewee.
Saksikan video tersebut di laman Facebook milik Namewee.
Sementara itu, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki tidak mahu orang ramai anggap ia sebagai kes perkauman, kerana bagi beliau ia adalah kes jenayah.
"Jangan gabungkan perkauman dalam kes ini. Kita orang Malaysia, kita duduk bersama dan kita bersaudara.
"Kita berikan polis selesaikan isu ini," kata Afdlin dalam video berkenaan.
GALERI FOTO: Kekecohan di Plaza Low Yat
BACA: KPN arah polis tangkap blogger
BACA: 'Jangan percaya maklumat di media sosial, serah sahaja pada polis' - Najib
BACA: Wartawan bersatu kutuk serangan ke atas pengamal media di Plaza Low Yat
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat yang berlaku awal pagi Isnin.
Sebelum itu, polis pada Sabtu telah menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di pusat membeli-belah tersebut.
Kejadian pada 7.38 malam Sabtu itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Syafique Shuib
Mon Jul 13 2015

Pengarah dan vlogger YouTube terkenal Namewee berkata isu pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah isu perkauman.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.

Kes Namewee dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perintah reman terhadap penyanyi rap itu juga tamat hari ini.

Namewee ditahan polis berhubung klip video Tahun Baharu Cina
Penyanyi rap kontroversi itu ditahan kira-kira jam 2.45 petang tadi.

10 NGO buat laporan polis video 'Like A Dog'
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video yang menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.

Klip video Namewee: Polis buka kertas siasatan
PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang mengguris sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sisi molek kita dalam 'Ali AhKao dan Muthu'
Selain Namewee, lagu 'Ali AhKao dan Muthu' turut menampilkan Aniq dari program Ceria Popstar 2016 dan anggota Alleycats, Datuk David Arumugam.

Klip video: Namewee dibebaskan dengan jaminan polis
Penyanyi rap kontroversi, Namawee atau nama sebenarnya Weng Meng Chee, 32, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman empat harinya tamat, pada Khamis.

Klip video Namewee: Polis dapatkan bantuan Interpol kesan tiga penyanyi lain
Polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan tiga lelaki yang turut terlibat dalam klip video lagu Namewee.

Namewee ditahan polis bantu siasatan klip video hina Islam
Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di KLIA sebaik tiba dari luar negara hari ini.

"Ia bukan soal kaum, ia tentang jenayah," kata Namewee, Afdlin Shauki
Pengarah dan vlogger YouTube terkenal Namewee berkata isu pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah isu perkauman.