Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Wee Meng Chee atau Namewee berikutan tindakannya memuat naik video kontroversi bertajuk 'Like A Dog' di media sosial baru-baru ini.
NGO berkenaan termasuk Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Kipidap dan Pertubuhan Maqasid Syariah Malaysia.
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video yang menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.
"Kami menggesa pihak berkuasa terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Luar supaya mengambil tindakan tegas ke atas Namawee supaya ia tidak berulang lagi.
"Kami hormat budaya mereka malah tiada bantahan sekiranya ingin merakamkan video namun janganlah menghasilkan video sedemikian yang lucah dan dengan latar belakang masjid," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Isnin.
Turut hadir Presiden IRIMM Amir Amsa Alla Picthay, Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria, dan Penasihat Pertubuhan Maqasid Syariah Malaysia, Prof Dr Zahlan Man.
Sementara itu, Razali berkata penyanyi rap itu diminta supaya tidak hanya mengeluarkan kenyataan tetapi sebaliknya melaporkan kepada polis dan menyerah diri bagi membantu siasatan.
"Kertas siasatan telah pun dibuka jadi kalau hormat perlembagaan undang-undang Malaysia, sila serah diri segera," katanya.
Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbarunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk 'Like A Dog' yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap Namewee berhubung klip video itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata PDRM bekerjasama dengan SKMM bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
Abdul Rani (empat, kiri), Razali (kanan), Presiden IRIMM Amir Amsa Alla Picthay (tiga, kiri) antara yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, 19 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
PRU15: Cita-cita Rani Kulup gempur rasuah
Bagaimanapun beliau akui ia agak sukar selagi kerajaan masih dibarisi kepimpinan lama yang terlibat dengan rasuah.
10 NGO buat laporan polis video 'Like A Dog'
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video yang menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.
Lamaran Rani Kulup: 'Jangan cari publisiti murahan' - Datuk Seri Vida
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida (DSV) menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menjadikannya sebagai isteri.
Pedofil: Enam NGO buat laporan polis terhadap Huckle
Enam badan bukan kerajaan membuat laporan polis menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan terhadap pedofil Richard Huckle yang mengaku salah atas pelbagai tuduhan mencabul kanak-kanak Malaysia.