KUALA LUMPUR : Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) sedang giat melaksanakan kaji selidik berhubung budaya kerja di setiap organisasi di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Pengerusinya, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata kaji selidik yang menyasarkan anggota perkhidmatan kesihatan KKM, dilancarkan secara dalam talian pada 27 Mei 2022 dan akan dilanjutkan sehingga 10 Jun 2022.

Katanya, usaha itu juga melibatkan kerjasama lima agensi bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan input termasuk Malaysian Association of Medical Assistants, Malaysian Nurses Association (MNA) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM).

Kaji selidik tambah baik budaya kerja perkhidmatan kesihatan dilanjutkan

“Selain itu, libat urus turut diadakan bersama individu yang pernah memegang jawatan tertinggi di KKM, wakil daripada Hartal Doctors dan tiga daripada institusi pendidikan tinggi.

"HWCITF akan meneruskan sesi libat urus dengan beberapa agensi dan anggota
perkhidmatan kesihatan dalam masa terdekat.

“Saya berharap agar penyertaan aktif anggota perkhidmatan kesihatan KKM menjawab Kaji Selidik dan sesi libat urus dengan pihak berkenaan akan membantu HWCITF dalam usaha ke arah penambahbaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.