Rakyat Malaysia perlu terus menghulurkan bantuan, walaupun dalam nilai yang kecil bagi membantu penduduk Gaza, Palestin yang semakin menderita ditindas Israel, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berkata bantuan itu mampu meringankan beban serta membolehkan rakyat Palestin meneruskan kelangsungan hidup.
"Kita (PGPF) ada wujudkan tabung Gaza melalui internet untuk orang ramai salurkan sumbangan...walaupun RM1, semua kita terima.
"Setakat hari ini, kita telah kumpul RM500,000 dan dengan sumbangan ini kita akan bantu penduduk Gaza bagi meringankan beban mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)- Malaysia Is Not For Sale', terbitan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Karangkraf di sini.
Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar.
Dr Mahathir berkata PGPF akan berusaha meminta pertolongan dari negara-negara jiran Palestin untuk membawa masuk pelbagai bentuk bantuan seperti wang dan bekalan ubat-ubatan supaya dapat disalurkan kepada rakyat Palestin.
"Seperti yang kita maklum terdapat beberapa sekatan tertentu untuk membawa bantuan ini, kalau boleh kita nak hantar pada negara jiran Palestin (untuk disalurkan pada rakyat Palestin) tetapi itu terpulang pada negara jiran tersebut untuk bantu atau tidak," katanya.
Israel telah melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.
Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.
Bernama
Fri Jul 11 2014

DR MAHATHIR: PGPF akan berusaha meminta pertolongan dari negara-negara jiran Palestin untuk membawa masuk pelbagai bentuk bantuan. -gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.