KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.


Ringkasan AI
  • MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di pelbagai negeri Malaysia sempena Hari Raya Aidiladha.
  • Hanya Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diramal tiada hujan sepanjang hari, sementara Sarawak, Sabah, dan Perak dijangka hujan sepanjang hari.
  • Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor dijangka hujan pada waktu pagi, manakala Pahang, Terengganu, dan Kelantan menerima hujan pada petang dan malam Isnin ini.


Menurut MetMalaysia menerusi aplikasi X, beberapa negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak.

Hanya dua negeri diramal tiada hujan sepanjang hari iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdapat tiga negeri yang dijangka hujan sepanjang hari iaitu Sarawak, Sabah dan Perak.

Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal hujan pada waktu pagi.

Negeri pantai timur pula iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menerima hujan pada waktu petang dan malam, Isnin ini.

Pada Jumaat, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman mengumumkan Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah. - Sinar Harian