Hubungan ketenteraan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas susulan perintah Presiden Donald Trump menguatkuasakan larangan kemasukan pelarian dan warganegara daripada tujuh negara Islam ke AS.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini kerana hubungan Malaysia dengan semua pihak amat baik manakala geopolitik dan diplomasi ketenteraan negara ini berada pada tahap membanggakan.
"Negara kita masih bernasib baik kerana tidak tersenarai dalam senarai 'banned' (dilarang) AS walaupun ada beberapa negara yang tersenarai dihalang masuk ke AS dalam pentadbiran Trump kali ini.
"Apa jua ketidakmungkinan berlaku pada masa akan datang atau terdekat kita sentiasa bersedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran dan pemeteraian Memorandum Persefahaman Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta diminta mengulas sama ada hubungan ketenteraan Malaysia dan AS terjejas ekoran terdapat beberapa negara Islam yang pelarian dan warganegaranya tersenarai dihalang masuk ke AS.
Mengulas mengenai seorang bekas pegawai khasnya yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana tuduhan menerima suapan, Hishammuddin berkata tidak ada yang terkecuali daripada didakwa walaupun pegawainya sendiri.
"Dalam hal berkaitan rasuah atau salah guna kuasa, siasatan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tidak ada siapa yang terkecuali termasuk diri saya dan pegawai saya. Berhubung kait dengan pegawai berkenaan saya harap bahawa apa yang telahpun didakwa biar melalui proses yang sedia ada.
"Dalam kes ini, saya dilaporkan bahawa kes ini merupakan kes lama dan pegawai berkenaan telah bersama dengan saya sejak saya di Kementerian Dalam Negari dan Kementerian Pengangkutan lagi," katanya.
Hishammuddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan disiasat dan berharap siasatan terperinci dibuat bagi membuktikan kebenaran.
"Cuma saya berharap siapa yang disiasat itu, dan siapa yang membuat siasatan jangan sampai mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa," katanya.
Hari ini, seorang bekas pegawai khas kepada seorang menteri kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM60,000 daripada seorang kontraktor tiga tahun lepas.
Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2017
HISHAMMUDDIN: Hubungan ketenteraan Malaysia - AS tidak terjejas susulan larangan kemasukan pelarian dan warganegara daripada tujuh negara Islam ke AS. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).
Houthi berjaya jatuhkan dron AS di Yaman
Pergerakan Houthi di Yaman berjaya menjatuhkan dron AS -MQ-9- di wilayah utara Saada di negara itu pada Ahad.
Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California
Anggota bomba menjalankan operasi menebang pokok di sekitar Taman Mill di California dalam usaha menghentikan kebakaran hutan merebak pada Sabtu.
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.