KUALA LUMPUR: Hubungan antara rakyat akan kekal sebagai asas penting dalam hubungan dua hala Jepun-Malaysia untuk tahun-tahun akan datang, kata Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.
"Satu daripada hasil (hubungan rakyat antara Malaysia dan Jepun) ialah pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba Jepun di Malaysia September ini," katanya dalam ucaptama pada Meja Bulat Jepun-ASEAN di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia di sini Selasa.
Menurut laporan kampus itu bakal menjadi kampus cawangan pertama universiti Jepun yang pernah diwujudkan di luar Jepun.
Bercakap kepada Bernama pada majlis itu, Katsuhiko berkata hubungan dua hala Malaysia dan Jepun telah menyaksikan para pemimpin bertukar lawatan pada tahun lepas apabila Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida melawat Malaysia pada November dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Jepun pada Disember.
Pada 16 Disember 2023, Anwar dan Kishida mengadakan mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di Tokyo untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala susulan pertemuan mereka di Putrajaya.
Justeru itu, tumpuan untuk tahun ini ialah kedua-dua negara akan mempertingkatkan perkara yang telah disepakati oleh para pemimpin semasa kunjungan pada tahun lepas, tambah Katsuhiko.
Malaysia dan Jepun menjalinkan hubungan diplomatik pada 1957.
Mengulas lanjut mengenai kerjasama Jepun dan Malaysia, beliau berkata Land of the Rising Sun bersedia berkongsi pengalaman menguruskan masyarakat yang semakin menua yang melibatkan pelbagai isu seperti penjagaan kesihatan, pencen, sistem sosial dan institusi keluarga.
Jepun bersedia untuk berkongsi kejayaan dan contoh yang baik dan juga sebaliknya supaya Malaysia tidak mengikuti dasar tertentu, kata Katsuhiko.
Menurut laporan sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa negara dijangka menjadi negara menua menjelang 2030 apabila 15.3 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Katsuhiko berkata Jepun bersedia berkongsi pengalaman menguruskan masyarakat yang semakin menua yang melibatkan pelbagai isu.- Gambar fail/Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Hubungan antara rakyat asas penting dalam hubungan dua hala Jepun-Malaysia - Duta
Hubungan antara rakyat akan kekal sebagai asas penting dalam hubungan dua hala Jepun-Malaysia untuk tahun-tahun akan datang.