KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) kini akan menggalas tanggungjawab terhadap semua program-program pembangunan modal insan di negara ini.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia merangkumi bukan sahaja untuk golongan pekerja bahkan untuk semua warganegara selaras dengan penjenamaan baharu agensi tersebut.
"Usaha ini akan diterjemahkan melalui platform bersepadu atau ‘single window’ untuk rakyat Malaysia mencari dan memohon program pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan.
"Platform bersepadu ini akan diakses lebih sejuta rakyat Malaysia pada tahun hadapan. Sebanyak 5,000 kursus akan ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
"Dijangka seramai 220,000 peserta akan menyertainya dengan pembiayaan kerajaan," kata beliau ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jenama HRD Corp dan Platform Sehenti Program Kemahiran di ibu negara petang tadi.
Jelasnya lagi, kerajaan meletakkan keyakinan terhadap peranan yang dimainkan oleh HRD Corp berdasarkan rekod pencapaian yang membanggakan oleh agensi itu sejak penubuhannya pada 1993.
"Peranan HRD Corp menjadi semakin penting sepanjang tempoh 18 bulan ini, apabila ia memperkenalkan pelbagai program untuk melindungi pekerjaan sedia ada dan mencipta peluang baharu untuk rakyat Malaysia.
"Ini termasuk program latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan, PENJANA HRDF, yang diperkenalkan pada Jun 2020, program ini telah membantu hampir 100,000 peserta menerusi lima skim utama iaitu Place & Train, B40 Development, Gerak Insan Gemilang (GIG), Industrial Revolution 4.0 dan SME Development," katanya lagi.
Pada bulan Februari 2021, HRD Corp telah memperkenalkan hab pembelajaran dalam talian percuma, e-LATiH, yang kini mempunyai seramai 154,000 pelajar berdaftar dan 400,000 enrolment dalam lebih 400 kursus kemahiran pelbagai.
Sepanjang tahun lalu katanya, HRD Corp telah mengagihkan hampir RM420 juta untuk program latihan kemahiran majikan berdaftar yang merangkumi lebih daripada 416,000 pekerja yang menjalani pelbagai skim latihan kemahiran.
"Jumlah pungutan levi dijangka mencecah RM680 juta dan sebahagiannya telah digunakan untuk melatih 500,000 pekerja.
"Ia selaras dengan perluasan Akta PSMB 2001 yang menyaksikan peningkatan majikan berdaftar dengan HRD Corp daripada 33,000 majikan kepada 65,400 majikan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan lebih 96%, melibatkan hampir empat juta pekerja dalam tempoh setahun," jelas beliau lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Dec 02 2021
Perdana Menteri hadir pada Majlis Pelancaran Jenama Baharu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Platform Sehenti Kebangsaan Untuk Semua Kursus Latihan Pembangunan dan Kemahiran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAM
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.
Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.
Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.