KUALA LUMPUR: Festival membeli-belah sempena sambutan Syawal, Hooray X Fest Raya yang dijadual bermula hari ini sehingga 21 April depan terpaksa dibatalkan di saat akhir.
Perkara itu dimaklumkan oleh beberapa vendor yang telah membuat tempahan reruai pada program yang sepatutnya berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Mereka memaklumkan, pihak penganjur didakwa membatalkan pesta 72 jam tanpa henti itu sekitar jam 3 petang semalam.
"Kami sepatutnya masuk ke WTCKL hari ini (Selasa) untuk melakukan persiapan jualan yang akan bermula pada Rabu.
"Tetapi petang tadi (Selasa), kami dimaklumkan yang pihak WTCKL tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak penganjur.
"Jadi, tiada kontraktor atau vendor yang dibenarkan melakukan persiapan," kata salah seorang vendor yang bersiaran langsung di aplikasi TikTok menggunakan akaun @umarnipoh pada Selasa malam.
Beberapa vendor lain turut bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok dan berkongsi rasa kecewa serta tidak puas hati mereka terhadap pihak penganjur.
Antara ratusan vendor yang terlibat adalah dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang terdiri daripada peniaga pakaian, makanan, kuih raya dan kelengkapan raya.
Malah, ada dalam kalangan vendor yang mendakwa mereka kerugian mencecah puluhan ribu ringgit lantaran terpaksa menanggung kos logistik, pemasangan reruai serta modal jualan bagi menyertai pesta tersebut.
Menerusi kempen promosi sebelum ini, difahamkan pesta tersebut dianjurkan oleh Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd dengan menghimpunkan 100 usahawan selebriti popular.
Dalam pada itu, WTCKL dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak terlibat dalam pengurusan acara tersebut.
Katanya, WTCKL merupakan penyedia lokasi sahaja, di mana tidak berkait dengan penganjur, Tenview (M) Sdn Bhd.
“Oleh itu, kita tidak bertanggungjawab atas sebarang bentuk kerugian sama ada secara langsung atau sebaliknya.
“Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai dan pihak vendor boleh berhubung dengan syarikat berkenaan,” katanya.
Astro AWANI sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak penganjur serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkara ini.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 18 2023

Beberapa vendor yang telah membuat tempahan reruai pada program Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit apabila ia dibatalkan pada saat akhir.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Pelakon dan penerbit Boy Iman serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan itu.

CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya
Seorang CEO sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya.

'Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman
Pelakon dan penerbit, Boy Iman memberitahu akan terus melawan dan berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya.

Boy Iman antara 4 didakwa tipu urusan jual tapak Hooray X Fest Raya
Pelakon dan penerbit Boy Iman antara empat individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya.

Hooray X Fest Raya: Penganjur beri kata dua kepada vendor
Pembatalan acara dibuat kerana penaja utama telah menarik diri, menyebabkan bayaran kepada lokasi tidak dapat dilunaskan.

Hooray X Fest Raya: Batal di saat akhir, vendor 'naik angin' terhadap penganjur
Menurut vendor, pihak penganjur membatalkan pesta beli-belah 72 jam tanpa henti di WTCKL itu sekitar jam 3 petang semalam.