KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi amaran terakhir kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah kerana menyebut perkataan 'bodoh' semasa perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan Yayasan Akalbudi.
Sebelum mengeluarkan amaran itu, Hakim Datuk Collin Sequerah memberi peluang kepada Lokman, 49, untuk membersihkan penghinaan itu dengan memohon maaf tanpa sebarang syarat.
"Isu yang timbul adalah perkara serius. Lokman sudah memohon maaf kepada mahkamah. Ini amaran terakhir dan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap Lokman," katanya.
Terdahulu, Lokman membuat permohonan maaf itu dari kandang saksi kepada semua pihak yang berkenaan.
"Saya mohon maaf secara suci hati tanpa sebarang syarat kepada pihak Yang Arif, mahkamah dan semua pihak terlibat dan saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi.
"Sekiranya saya masuk ke mahkamah pada bila-bila masa, saya akan ikut peraturan yang ditetapkan," katanya.
Lokman telah diberikan notis tunjuk sebab kerana menghina mahkamah oleh Sequerah berhubung tindakannya menghalang penjawat awam dan mendakwa sistem perundangan negara tidak adil semasa perbicaraan Ahmad Zahid pada 30 Jun lepas.
Diminta menjelaskan insiden itu pada prosiding hari ini, Lokman berkata ketika itu beliau mencatat nota berhubung perbicaraan Ahmad Zahid menggunakan aplikasi 'Notes' di telefon bimbitnya.
"Kemudian, seorang polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Walter datang berjumpa saya dan meminta supaya saya tidak menggunakan telefon bimbit. Saya tunjuk kepada beliau dengan cara bahawa saya sedang mencatat nota," katanya.
Tidak berpuas hati dengan teguran anggota polis itu, Lokman mengeluarkan perkataan 'bodoh' kerana tidak membenarkan beliau menggunakan telefon bimbitnya untuk mencatat nota sedangkan orang lain dibenarkan berbuat demikian menggunakan komputer riba.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah manakala peguam K. Balaguru dan S. Velan mewakili Lokman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

Datuk Lokman Noor Adam (kanan) hadir di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.

Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.

Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.

Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.

Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.

Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.

Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar
Persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin terhad pada perkara berkaitan pembentukan Kabinet serta hal-hal pilihan raya.

Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan
Lokman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di Facebook niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir
Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran terakhir kepada Lokman Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.

Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina yang dikeluarkan kepada TPR Raja Rozela untuk memberi keterangan dalam proseding terhadap Lokman Adam.