KUALA LUMPUR: Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di sekitar ibu negara petang ini berlangsung dengan aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perarakan himpunan berkenaan yang bermula di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan berakhir di Padang Merbok di Jalan Parlimen.
"Polis menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan semasa perhimpunan berkenaan dan sehingga peserta himpunan bersurai pada 6 petang tadi, tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dianggarkan 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai himpunan bermula 2 petang, bergerak melalui beberapa jalan utama di ibu kota antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan Bulatan Dato Onn.
Tinjauan di lokasi perhimpunan mendapati orang ramai melaungkan slogan antaranya #demipalestin, #fromrivertheseaPalestinewillbefree dan #ceasefire bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk kekejaman pemerintahan negara Israel.
Kibaran bendera Palestin, sepanduk plakad seperti #freepalestin dan #gencatansenjata serta laungan 'bebaskan Palestin' bergema sepanjang jalan menuju ke Padang Merbok.
Seorang daripada peserta perhimpunan dikenali sebagai Aziz Abdul Rahman, 55, berkata penyertaannya dalam perhimpunan itu sebagai tanda protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Katanya, ia adalah platform terbaik untuk menyatakan bantahan kepada sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terus melakukan pembunuhan terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Bagi Adriana Ahmad, 31, perhimpunan itu bukan hanya menggambarkan kedudukan Malaysia yang terus menyokong Palestin tetapi ia merupakan suara umat Islam di seluruh dunia menentang penindasan terhadap rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
![Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman - Polis Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705934994_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Allaudeen berkata tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perarakan himpunan berkenaan yang bermula di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan berakhir di Padang Merbok di Jalan Parlimen. - Gambar fail/Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711039725_AbRaufYusoh.jpg)
Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah SWT mempunyai asas yang konkrit.
![Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman - Polis Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705934994_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman - Polis
Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di sekitar ibu negara petang ini berlangsung dengan aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.