"Cukup-cukuplah. Saya amat berharap masyarakat hentikan tular yang menyalahkan ibu bapa dan mangsa," demikian kata Fatimah Nasir, ibu kepada seorang daripada mangsa insiden berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, semalam.
Fatimah berkata semua ibu bapa sentiasa sayang dan mengambil berat tentang anak mereka sekali gus tidak mengabaikan anak seperti didakwa masyarakat.
"Mereka (masyarakat) tidak rasa apa yang kami rasa, saya tidak ada kuasa untuk menyekat tular, namun, saya mohon agar ia segera dihentikan," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai tular di laman sosial yang menyalahkan ibu bapa dan mangsa atas insiden berbasikal mengorbankan lapan nyawa, semalam.
BACA: 'Berbasikal di tengah malam bukan perkara baru, harap jadikan pengajaran'
BACA: Sesetengah pihak sifatkan aksi remaja berbasikal 'sengaja menempah maut'
BACA: KDN cadang larangan keluar malam terhadap remaja bawah umur di Johor
Terdahulu, Fatimah, 43, menerima lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff yang turut memberikan sumbangan kepada keluarganya di Taman Sinaran Kempas, di sini hari ini.
Menurut beliau arwah anaknya Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14, adalah anak yang baik dan ringan tulang membantunya membuat kuih selain menjaga adik-adiknya.
"Saya tidak sangka soalan arwah (Mohammad Azrie Danish) tentang prosedur bedah siasat mangsa kemalangan adalah perbualan terakhir kami anak-beranak. Saya kemudian menerangkan kepadanya tentang prosedur bedah siasat bagi mangsa kemalangan jalan raya," katanya dalam keadaan sebak.
Ibu kepada lima anak yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu berkata sebelum keluar rumah pada 9 malam, anak kedua daripada lima beradik itu meminta izin darinya untuk berjumpa beberapa rakan di kelab basikalnya, kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
"Sebelum keluar, arwah ada beritahu bahawa malam ini adalah 'final lap' mereka. Saya tidak faham apa yang sebenarnya dimaksudkan arwah," katanya.
Sementara itu, bapa Mohammad Azrie Danish, Zulkefli Sarkam, turut meminta orang ramai supaya mendoakan untuk kesemua mangsa insiden itu dan bukannya menuding jari kepada mana-mana pihak.
Zulkefli, 43, berkata mereka sekeluarga hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya kira-kira 6 pagi semalam dan segera bergegas ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan.
"Saya sendiri melihat kereta yang melanggar anak saya di balai polis semalam. Jika benar kereta itu tidak dipandu laju, bagaimana kenderaan itu boleh rosak teruk seperti melanggar bas atau kenderaan berat dan bukannya basikal," katanya.
Zulkefli yang bekerja sebagai pembantu kedai milik keluarganya berkata impian mereka sekeluarga adalah untuk menghantar arwah anaknya menyambung pelajaran di sebuah sekolah tahfiz di Kedah, tahun depan.
Dalam kejadian 3 pagi semalam, lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun.
Lapan yang lain turut cedera dengan dua daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah, di sini, manakala enam yang lain dirawat di wad hospital sama. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 19 2017

Mereka berkata semua ibu bapa sentiasa sayang dan mengambil berat tentang anak mereka sekali gus tidak mengabaikan anak seperti didakwa masyarakat. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.