Kementerian Kesihatan meminta pihak tidak bertanggungjawab agar berhenti daripada memainkan isu dan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kenaikkan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata isu itu sering ditimbulkan terutama oleh pihak pembangkang sehingga timbul pelbagai protes, sedangkan kos yang naik hanya melibatkan perkhidmatan di wad kelas satu dan dua.
"Yang naik kos untuk kerajaan, tapi yang kita (kerajaan) caj kepada rakyat tidak naik, masih RM3 sehari bagi wad kelas tiga.
"Pesakit boleh pilih sama ada nak duduk kelas satu, dua atau tiga. Kalau duduk kelas tiga pun masih dapat jururawat dan doktor yang sama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pelajar sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas. kira-kira 2.2 juta pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan dan daripada jumlah itu hanya lebih 30,000 pesakit dirawat di wad kelas satu dan dua. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada November lepas mengumumkan caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua dinaikkan berkuat kuasa 1 Jan lalu.
Caj baharu itu bagaimana pun tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, jika tiada katil kosong di wad kelas tiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017
DR HILMI: KKM minta pihak tidak bertanggungjawab berhenti memainkan isu dan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kenaikan caj perubatan hospital. - Gambar fail
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Peruntukan RM124.7 juta legakan resah usahawan Kota Belud
Usahawan di 'daerah koboi' Kota Belud bersyukur dengan peruntukan berjumlah RM124.7 juta oleh kerajaan Sabah bagi membangun usahawan, koperasi dan perindustrian di Sabah bagi tahun 2025.
SKAS: Spay Global bantu warga emas berjinak-jinak guna e-dompet
Bagi warga emas yang layak mendapat SKAS, mereka akui agak kekok dan masih berjinak-jinak menggunakan kaedah e-dompet namun merasakan ia sesuatu yang perlu dipelajari lebih-lebih lagi apabila ia menjadi satu kelaziman masa kini.
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut
S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Sarawak cuba kurangkan tempoh kelulusan permit pekerja asing
Kerajaan Sarawak kini dalam proses membangunkan sistem yang akan menghubungkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak bagi mempercepatkan proses kelulusan permit pekerja asing.
Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.
Tiada perbincangan kerjasama GRS-Warisan
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai menjelaskan cadangan untuk menjemput warisan menyertai gabungan itu datang daripada pemimpin individu tertentu dan tidak menggambarkan pendirian rasmi GRS.
Objek disyaki bom tinggalan Perang Dunia kedua ditemui di perairan Pulau Sibuan
Satu objek menyerupai bom disyaki tinggalan Perang Dunia kedua ditemui di perairan Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran pada Selasa.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kementerian Luar Brazil pada Isnin dalam satu kenyataan menjelaskan penyertaan Indonesia secara rasmi dalam BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya. #AWANInews
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Sebelum ini Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.
Bintang 'Cheers' Kirstie Alley meninggal dunia
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.
Keluarga rayu bantuan perubatan RM250,000, rawat anak barah tulang
Malah penyakitnya itu turut mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, sama seperti kanak-kanak sebayanya.
Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).
Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia
Allahyarham dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.
Vaksin COVID-19: Pesakit kronik nekad ambil suntikan
Peningkatan kes COVID-19 dengan pelbagai varian baharu ketika ini mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk golongan pesakit kronik.
Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.
Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya.