Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.
Astro Awani
Tue Dec 06 2022
Kirstie Alley, 71, meninggal dunia selepas bertarung dengan barah. -Foto Instagram/@kirstiealley
PEMENANG anugerah Oscar, Kirstie Alley meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Berita pemergian pelakon itu disahkan ahli keluarga dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.
"Duka cita kami ingin maklumkan ibu kami telah meninggal dunia akibat barah yang baharu sahaja ditemui," kata kenyataan itu yang dikongsi di akaun Instagram Kirstie.
Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Pusat Kanser Moffitt, di Florida, Amerika Syarikat (AS).
Sepanjang kariernya, mendiang dicalonkan sebanyak lapan kali bagi Anugerah Grammy, kebanyakannya untuk wataknya sebagai Rebecca Howe dalam siri televisyen NBC, "Cheers".
Selain itu, Kirstie turut membintangi filem komedi "Look Who's Talking" pada tahun 1989 bersama John Travolta.