Tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman berjaya menumpaskan sebuah sindiket yang menggunakan ekstrak ganja di dalam pelbagai jenis makanan yang dijualnya.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang, sindiket itu bukan sahaja menjual ganja mentah malah turut mempelbagaikan produk yang mengandungi ekstrak ganja bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa sebelum dipasarkan kepada pelanggan terpilih menerusi laman media sosial.
Taktik terbaharu sindiket terbabit termasuklah mengambil kesempatan jualan biskut dan kek raya di laman sosial untuk mengaut keuntungan berganda.
Ia dipercayai dijual antara RM60 hingga RM100 dan akan memberikan kesan khayal selepas dimakan.
Susulan itu, tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia ditangkap bersama pelbagai dadah terbabit di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang pada Jumaat lepas.
“Dia sengaja jual kek, produk-produk yang ada seperti mana yang saya bagi tahu, susu, madu yang dicampur dengan ganja dan dia pun telah digelar sebagai ‘doktor ganja’ dalam laman web.
“Sebagai ‘doktor ganja’ dia mengubat mereka yang tidak boleh berubat di hospital, maka mereka datanglah ke sini. Kek itu adalah salah satu barangan yang dia nak jual untuk orang yang datang,” kata Kang.
Dalam serbuan itu polis turut merampas 18 batang pokok ganja, empat kilogram tumbuhan dan serbuk ganja, 72 kilogram benih ganja, empat liter minyak ganja, 70 keping coklat ganja, 66 botol madu ganja, 21 botol majerin ganja, sembilan botol susu ganja, dua biji kek ganja serta pelbagai peralatan menghisap ganja.
Keseluruhan rampasan dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM21 ribu.
Kesemua mereka yang ditahan yang berusia 35 hingga 58 tahun itu kini direman sehingga 2 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1957.
Astro Awani
Tue May 30 2017
Kang (kiri) menunjukkan alat memproses produk seperti madu, kek, minyak dan marjerin dengan campuran ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
Sindiket edar ganja guna bekas biskut raya dari Johor ke Sarawak tumpas
JKDM Johor mematahkan sindiket pengedaran ganja menggunakan taktik menyimpan bahan itu dalam bekas biskut raya dan kacang susulan serbuan di bandar raya itu.
Op Prihatin: APM Kelantan pantau 29 laluan sempena Aidilfitri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan mengenal pasti sebanyak 29 laluan di negeri itu yang perlu dipantau menerusi Op Prihatin sepanjang musim perayaan Aidilfitiri.
Rezeki Lebaran, guru jana pendapatan sampingan
Walaupun turut menghidap kanser tahap dua, bagi Nor Liyana Abdullah, ia bukan halangan untuk meneruskan minatnya.
'Kekurangan bukan penghalang' - Noor Lizah buktikan wanita OKU mampu berjaya
Noor Lizah Saman mengatasi pelbagai halangan, cabaran sebagai OKU hingga berjaya dalam kehidupan dan bidang perniagaan.
Sorry 'London Almond', 5 kuih raya ini lagi hipster!
Berdasarkan jenis biskut raya yang muncul tahun demi tahun, ternyata kuih raya sudah berevolusi.