KALAU tiada biskut raya, maka tak meriahlah raya. Hidangan paling mudah, ringkas dan sedap untuk dijamu.

Namun, jika anda perhatikan jenis biskut raya yang muncul tahun demi tahun, banyak sebenarnya yang telah berubah. Pendek kata, kuih raya sudah berevolusi.

Oleh itu kami senaraikan 5 kuih raya yang paling hipster tahun ini!


#1 BISKUT GERMAN


Lihat warnanya saja sudah meriah, namun hakikatnya warna asal kuih ini hanyalah kuning semata-mata.

Penggunaan warna yang terang dan pelbagai menjadikan kuih ini bertambah hipster.


#2 BISKUT ALIEN


Anda lihatah sendiri rupa bentuk kuih ini, tidak hairanlah kalau ia digelar biskut alien. Sekali pandang kelihatan seperti watak Cj7 lakonan Stephen Chow.

Kuih ini juga viral di media sosial baru-baru ini dan mungkin menjadikan kuih paling popular ketika ini. Tidak pasti sama ada disebabkan rupa atau rasa kuih ini.


#3 SEMPERIT NUTELA


Siapa yang tidak kenal semperit. Biskut raya antara kegemaran ramai setiap kali tibanya raya.

Namun itu dulu, jika dengan gaya sekarang, mungkin semua nak letak Nutella. Maka dengan itu terhasilnya semperit Nutella.


#4 CANDY KACANG BERSALUT COKLAT


Biskut ini dijual dengan pelbagai jenis kacang, namun jika anda mahukan biskut yang lebih nampak mahal, boleh gunakan Almond, Walnut atau Pecan. Lebih moden berbanding kacang tanah biasa.

Bahannya juga mudah, hanya perlukan jenis kacang pilihan dan kemudian gaulkan bersama coklat, sirap karamel, mentega.


#5 BISKUT BALIK RAYA SEDONDON



Melihat rupa bentuk biskut ini saja, sudah tentu ia bukan biasa-biasa. Dihasilkan mengikut rupa bentuk kartun manusia, biskut ini lengkap dengan padanan baju raya.

Biskut ini dihasilkan oleh pengguna Facebook Norwira Abdullah dan kebanyakan biskut dijual dalam pakej yang amat comel dan unik.