KUALA LUMPUR: Prinsip Etika Kewartawanan Malaysia perlu dikaji semula atau ditambah baik seiring peredaran semasa, kata pengamal media dan komunikasi Dr G Manimaran.
Beliau berkata ini kerana etika kerjaya yang diwujudkan empat dekad lalu itu perlu sesuai dengan amalan kewartawanan mengikut kesesuaian keadaan semasa dari aspek sosial, politik serta global.
"Sekarang ada citizen journalism (wartawan rakyat), media bebas dan platform media sosial, bagi saya sudah sampai masanya perkara ini (etika kewartawanan) dilihat, tambahan akan sambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA).
"Jadi perkara ini agak realistik kerana kita kena mulakan satu asas yang baharu," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV pada Rabu.
Manimaran yang mempunyai pengalaman kira-kira 22 tahun dalam bidang kewartawanan berkata golongan wartawan kini berdepan pelbagai cabaran terutama dalam aspek skop kerja mereka.
"Dahulu wartawan hanya tulis (berita) untuk surat khabar atau radio atau majalah tetapi kini seorang wartawan perlu menulis bahan beritanya untuk pelbagai platform termasuk dalam penyiaran," katanya.
Mengulas tema HAWANA 2022 iaitu 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', beliau berkata ia menyatakan peranan sebenar media sebagai mengangkat suara rakyat dengan membangkitkan setiap isu yang perlu diambil tindakan pihak berkuasa.
HAWANA 2022 yang berlangsung di Melaka pada Ahad ini, dianjurkan bagi mengiktiraf peranan golongan wartawan dan pengamal media tempatan, selain platform kepada golongan itu untuk berkongsi pendapat dan meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media di Malaysia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) menjadi penggerak utama penganjuran HAWANA 2022, dengan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) serta melibatkan organisasi, persatuan dan pengamal media lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Prinsip Etika Kewartawanan Malaysia perlu dikaji semula atau ditambah baik seiring peredaran semasa. - Gambar hiasan
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab
Ia bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab.
Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara
Pada ketika ini, negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit.
Nahas Elmina: The Content Forum gesa pelaporan penuh empati, belas kasihan
Pihaknya percaya dengan peranan penting kewartawanan dalam menyampaikan maklumat yang tepat di samping mengekalkan rasa hormat terhadap individu dan keluarga yang terlibat.
Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
Perkembangan digital jadikan dunia kewartawanan semakin unik, mencabar
Perkembangan digital masa kini menjadikan dunia kewartawanan semakin unik dan mencabar selain cakupan kerjaya yang meluas.
Selamat datang Joon dan Monica ke Astro AWANI, gelora AI mula terasa
Joon dan Monica lahir hasil sinergi dua aspek; teknologi 'generative AI' dan amalan profesionalisme kewartawanan.
Semakan fakta cabang baharu kewartawanan di Malaysia
Penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, ia juga mampu mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan negara.
Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi
Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik).
Bilangan petugas media terbunuh meningkat lebih 40 peratus tahun ke tahun
Angka kematian membabitkan profesion kewartawanan dan media pada 2022 meningkat lebih 40 peratus berbanding tahun lepas, lapor Agensi Akhbar Jerman, dpa.
MPI rancang perkenal 'master class', dikendali nama besar bidang kewartawanan
Chamil berkata MPI sentiasa berusaha memperkasa program latihannya yang berbentuk jangka pendek.