MEDAN (Indonesia): Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik).
Jokowi berkata isu utama media pada masa ini bukanlah soal kebebasan, tetapi soal kebertanggungjawaban pemberitaan dalam media sosial serta algoritma raksasa digital yang cenderung mementingkan kepentingan aspek komersial semata-mata.
"... saya ingin mengatakan bahwa dunia pers (media) tidak sedang baik baik saja.
"Saya ulang, dunia pers sedang tidak baik-baik saja," kata presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi ketika merasmikan Hari Pers Nasional (HPN) 2023 di sini pada Khamis.
HPN adalah sambutan memperingati perjuangan kewartawan di Indonesia dalam membangunkan bangsa dan tanah air, yang disambut setiap 9 Feb, di kota-kota berlainan setiap tahun di negara itu.
"Dulu isu utama dunia pers (media) adalah kebebasan pers. Sekarang apakah isu utamanya tetap sama? Menurut saya sudah bergeser (berubah), kerana kurang bebas apalagi kita sekarang ini?" kata Presiden Indonesia itu.
Jokowi berkata media ketika ini adalah meliputi seluruh media informasi yang tampil dalam bentuk digital, dan semua orang boleh membuat berita dengan "bebas".
Justeru Jokowi menegaskan isu utama dunia media atau kewartawanan ketika ini berkaitan pemberitaan yang bertanggungjawab.
Beliau berkata dunia kini dibanjiri dengan berita dari media sosial dan media digital lainnya, termasuk platform-platform asing yang tidak memiliki redaksi atau dikendalikan artificial intelligence.
"Algoritma raksasa digital cenderung mementingkan kepentingan sisi (aspek) komersial saja dan hanya akan mendorong konten-konten (kandungan) recehan (tidak penting) yang sensasional (sensasi)," katanya.
Baru-baru ini Direktur Jeneral Informasi dan Komunikasi Publik, Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia, Usman Kansong berkata kementerian itu telah menghantar draf aturan berkaitan hak cipta kewartawan kepada Jokowi.
Draf itu bagi membolehkan ekosistem bisnis media yang sihat dalam hubungannya dengan platform digital global.
Sementara itu, Di JAKARTA, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Indonesia bermula semalam mengucapkan selamat Hari Pers Nasional (HPN) 2023, kepada wartawan Indonesia yang disambut hari ini.
Beliau berkata media menjadi wadah yang penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan terkini kepada masyarakat.
"Saya mengucapkan selamat Hari Pers Nasional kepada semua rakan-rakan media di Indonesia," kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dalam sidang media selepas mesyuarat dua hala bersama Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto.
"Saya tahu media memainkan peranan yang amat penting dalam memberi gambaran dan fakta yang sebenar dalam apa jua keadaan," tambah Fadillah yang tiba di sini bersama delegasinya kelmarin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik). - Gambar fail/Twitter/Jokowi
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.

Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.

Industri media pada titik peralihan ke teknologi AI
Maiden berkata, AI berkemungkinan meningkatkan pemikiran kreatif wartawan dalam penemuan sudut dan cerita di luar kelaziman.

HAWANA: "Pengumuman penting" Anwar dinanti pengamal media
Perdana Menteri akan membuat beberapa pengumuman penting berkenaan hala tuju industri media petang ini.

Masih kurang wanita pegang jawatan kanan editorial di Malaysia
Hanya 22 peratus daripada 180 editor kanan di 240 pertubuhan berita di seluruh dunia, terdiri daripada wanita.

Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi
Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik).

Sambutan HAWANA pengiktirafan Malaysia buat golongan wartawan
Bertemakan "Suara Jelata, Aspirasi Negara", acara itu dilihat sebagai perhimpunan terbesar wartawan dan pengamal media di negara ini.

Astro lantik Euan Smith sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV
Pelantikan tersebut adalah sebahagian daripada pelan transformasi perniagaan dan sumber manusia, dengan mengambil kira perubahan dalam industri media dan hiburan semasa.

Penggunaan bahasa penentu berita yang disampaikan?
Industri media perlu mula melihat peranannya sebagai satu institusi dalam membangunkan negara dan mendidik masyarakat dan bukan hanya satu perniagaan semata-mata.

COMMA 2017: Jangan bergantung kepada teknologi semata-mata - GCCCO Astro
Bagi menghadapi gangguan digital serta Revolusi Industri 4.0, kecanggihan teknologi harus dijadikan sebagai pelengkap terutamanya dalam memahami dan memenuhi kehendak pengguna.