KUALA TERENGGANU: Pendedahan awal mengenai literasi digital yang menekankan adab dan etika penggunaan media sosial wajar dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab.
Pensyarah kanan dalam bidang kewartawanan di Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Rani Ann Balaraman berkata, ia penting disebabkan kemunculan media baharu termasuklah pelbagai platform media sosial hari ini bukan sahaja menarik golongan dewasa malahan juga kanak-kanak.
"Ini (media sosial) adalah kehidupan kita sekarang, maka etika penggunaannya perlu diajar kepada anak-anak sebab dalam dunia sains dan teknologi ketika ini, banyak kanak-kanak sudah mula pegang (memiliki) telefon bimbit dan sedang 'galak' dalam media sosial," katanya kepada Bernama.
Rani Ann yang terlibat dalam penghasilan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu dilancarkan Kementerian Komunikasi pada 20 Feb lepas juga mencadangkan kerajaan melaksanakan program pendidikan kepada pempengaruh aktif menjalankan tugas kewartawanan warga bagi memastikan kandungan dihasilkan beretika seterusnya membantu pengikut mereka menjadi pengguna media sosial bijak.
Selain itu, Rani Ann berkata, terma kewartawanan warga atau citizen journalist mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak namun secara definisinya, ia adalah sesuatu yang biasa dan menggambarkan hampir kesemua individu menggunakan media sosial ketika ini.
Beliau berkata, terdapat dua jenis kewartawanan warga iaitu kewartawanan warga berinstitusi dan tidak berinstitusi.
Beliau berkata, kewartawanan warga berinstitusi adalah mereka yang bernaung di bawah mana-mana syarikat dan bergerak secara bebas untuk menulis berita, tetapi terdapat editor akan melihat sesuatu penulisan sebelum disiarkan.
"Bahayanya sekarang adalah kewartawanan warga tidak berinstitusi iaitu mereka yang menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat sekali sahaja, dan hilang selepas itu," katanya.
Rani Ann berkata, wartawan warga adakalanya bertindak membuat pelaporan tanpa masuk akal misalnya sesuka hati mengambil gambar mangsa kemalangan jalan raya dan memuat naik di media sosial tanpa memikirkan sensitiviti keluarga, berbeza dengan amalan wartawan profesional.
Sehubungan itu, beliau memberikan contoh keputusan Mahkamah Sesyen Taiping, Perak yang mengenakan denda RM23,000 terhadap seorang lelaki kerana memuat naik komen jelik berhubung tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut yang mengorbankan 10 anggota bulan lepas sebagai mesej jelas mengenai keseriusan kerajaan mengekang tindakan tidak beretika di media sosial.
"Tindakan pantas kerajaan ini beri mesej kepada rakyat supaya jangan buat hantaran atau buat kerja kewartawanan warga sesuka hati tanpa adanya pemikiran waras dan diharapkan selain isu 3R (agama, kaum dan raja) dan diharap kerajaan turut beri perhatian terhadap isu-isu lain yang berlaku di media sosial terutamanya melibatkan privasi seseorang," katanya.
'Etika Teras Kewartawanan Mapan' diangkat sebagai tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan diadakan selama tiga hari bermula 25 Mei di Kuching, Sarawak dan kemuncak sambutan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.
Lebih 800 orang pengamal media termasuk dari negara jiran turut dijemput menghadiri HAWANA 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024
![Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707924410_Instagram.jpg)
Pendedahan awal mengenai literasi digital yang menekankan adab dan etika penggunaan media sosial wajar dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024 TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738054676_TBZulhelmyIthnain.jpg)
TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.
![Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736641312_TBbomlama.jpg)
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
![645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut 645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733570645_TenteraLautDiraja.jpg)
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
![Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689327337_TLDM.jpg)
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
![KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731200804_kapalselamKDTunR.jpg)
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
![Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024 Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730264180_ATMUSarmyTenter.jpg)
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
![Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730135347_KapalKDPendekark.jpg)
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
!['171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled '171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729571262_tbKDPENDEKAR.jpg)
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729160257_tbOPNAGAnelayana.jpg)
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
![KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728859164_KapalDirajaKD.jpg)
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.