SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mencadangkan satu institusi bebas atau Kursi Pengajian Kewartawanan A. Samad Ismail ditubuhkan sebagai usaha memartabatkan profesion wartawan dalam negara ini.
Musa berkata selain meningkatkan kualiti bidang itu, cadangan tersebut juga antara lain bagi memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail yang merupakan tokoh kewartawanan disegani serta pejuang negara.
"Ada cadangan supaya satu institut yang boleh kita tubuhkan sebagai mengingati A. Samad Ismail. Ia mungkin boleh diwujudkan di universiti terkemuka dalam negara ataupun mungkin kita tubuhkan satu institut yang bebas.
"(Cadangan penubuhan) institut itu boleh kita gunakan untuk mengenang (jasa A. Samad Ismail) dan lebih penting lagi sebagai cara memperbaiki profesion kewartawanan dalam negara ini (dengan itu) akan dapat dipertingkatkan kebolehannya," katanya dalam ucapan perasmian sempena Simposium Memperingati Tan Sri A. Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam, Negarawan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.
Menurutnya pada ketika ini negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit.
Sementara itu, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Musa bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah sekolah, institusi atau kursi kewartawanan A. Samad Ismail.
"Apapun yang diputuskan pada penghujung simposium ini, (insya-Allah) ia akan mengekalkan legasi beliau sebagai wartawan, cendekiawan dan negarawan," katanya dalam ucaptama bertajuk 'Mencari A. Samad Ismail'.
Turut senada dengan cadangan itu, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican yang mencadangkan antaranya menamakan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM sebagai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media A. Samad Ismail.
Ahmad Murad dalam ucaptama yang bertajuk 'Merentasi Sejarah Tiga Negara: A. Samad Ismail sebagai Wartawan, Cendikiawan Awam dan Negarawan', turut mencadangkan agar nama tokoh itu diabadikan sebagai nama jalan di Kuala Lumpur atau di bandar besar di Malaysia serta mewujudkan memorial, galeri atau perpustakaan A Samad Ismail di satu tempat yang sesuai.
Simposium sehari yang dihadiri kira-kira 150 tetamu dan dianjurkan dengan kerjasama FKPM-UiTM serta ISTAC-UIAM itu, bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan tokoh kewartawanan negara berkenaan dalam konteks sosiopolitik Malaysia.
Program itu turut menampilkan kartunis tersohor negara Datuk Mohamad Nor Khalid atau Datuk Lat, yang berkongsi pelbagai perspektif mengenai A. Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Turut berkongsi pandangan sembilan pembentang lain terdiri daripada ilmuan, pengamal media dan penulis yang berpengalaman bekerjasama dengan A. Samad Ismail sepanjang hayatnya, termasuk Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang juga bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong, yang mengakui telah mencontohi pendekatan tidak formal Pak Samad dalam membimbing wartawan muda.
"Walaupun Pak Samad merupakan tokoh penting dalam dunia kewartawanan dan pejuang nasionalisme di Nusantara, beliau sangat mudah didekati, selalunya dalam cara yang sangat tidak formal.
"Dalam bilik berita, bimbingan dan kepimpinan secara tidak formal memainkan peranan penting untuk memupuk pembangunan, kerjasama dan komunikasi yang berkesan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menghargai Reputasi dan karya A. Samad Ismail'.
Sementara itu, Dekan FKPM Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman pula berkata penganjuran wacana ilmu seperti simposium ini adalah sebahagian daripada fungsi fakulti dalam konteks memaklumkan khalayak dan memberikan saranan ilmu kepada massa secara berterusan, ilmiah dan berautoriti.
"Dalam menyorot latar kewartawanan tempatan, nama seperti Abdul Rahim Kajai, Ahmad Boestamam dan A. Samad Ismail perlu diberi penghargaan negara atas segala jasa bakti mereka. Kemelut zaman yang penuh pancaroba telah dilalui oleh mereka dengan tabah yang menyalakan obor perjuangan bangsa melalui tinta pena," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
![Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705324341_ASamadIsmail.jpg)
Musa berkta, pada ketika ini, negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit. - Bernama
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705324341_ASamadIsmail.jpg)
Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara
Pada ketika ini, negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit.
![Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611671282_MesyuaratUMNO.jpg)
Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.
![UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/51478958265_UUMGneric.jpg)
UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.
![COVID-19: Bincang, praktik konsep menang-menang dalam isu bayaran pengasuh, pendidikan COVID-19: Bincang, praktik konsep menang-menang dalam isu bayaran pengasuh, pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542965205_Taska.jpg)
COVID-19: Bincang, praktik konsep menang-menang dalam isu bayaran pengasuh, pendidikan
Jabatan Mufti Negeri Perak mengambil maklum tentang persoalan ramai pihak sama ada boleh atau tidak mengambil bayaran penuh, sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh ketika wabak COVID-19.
![Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566462600_JohanJaafar.jpg)
Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar
Utusan Melayu menjadi titik tolak penting dalam dunia surat khabar kerana ia merupakan akhbar Melayu pertama yang dibiayai sepenuhnya orang Melayu sendiri.
![Indeks Inovasi Global 2019: Malaysia kekalkan kedudukan di tangga ke-35 Indeks Inovasi Global 2019: Malaysia kekalkan kedudukan di tangga ke-35](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435190685_KLSKYLINE.jpg)
Indeks Inovasi Global 2019: Malaysia kekalkan kedudukan di tangga ke-35
Meningkat bagi empat daripada tujuh tonggak GII iaitu institusi (ke-40), infrastruktur (ke-42), sofistikasi perniagaan (ke-36) dan keluaran kreatif (ke-44).
![Implikasi peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 Implikasi peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546914964_950x600.jpg)
Implikasi peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15
Sekali gus peristiwa letak jawatan diRaja ini merupakan suatu gegaran yang bukan sahaja menguji institusi Raja ini tetapi juga sistem Raja Berperlembagaan yang dianut selama ini di Malaysia.
![Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.7 bilion pada 29 Jun Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.7 bilion pada 29 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41529568794_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.7 bilion pada 29 Jun
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.7 bilion setakat 29 Jun 2018 berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun 2018.
![Pelajar antara ditahan dalam Op Bersepadu dekat Jitra Pelajar antara ditahan dalam Op Bersepadu dekat Jitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51481071395_Saman.jpg)
Pelajar antara ditahan dalam Op Bersepadu dekat Jitra
Pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas motosikal yang ditungganginya itu tidak mempunyai rekod pemilikan (rekod tidak wujud) sebelum ia disita untuk pemeriksaan.
Prestariang tubuh institusi pengajian tinggi swasta
Prestariang Education Sdn Bhd, telah menerima kelulusan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia menubuhkan institusi pengajian tinggi.