Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar
Utusan Melayu menjadi titik tolak penting dalam dunia surat khabar kerana ia merupakan akhbar Melayu pertama yang dibiayai sepenuhnya orang Melayu sendiri.
Irwan Muhammad Zain
Thu Aug 22 2019
Johan Jaaffar berpendapat, akhbar Utusan Malaysia perlu memahami realiti perniagaan baharu dalam dunia media masakini pada keseluruhannya. - Gambar Astro AWANI
Utusan Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawan Melayu, kata Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar.
Katanya, Utusan Melayu yang bermula pada tahun 1939 merupakan sebuah institusi, bukan sekadar surat khabar semata-mata.
Utusan Melayu jelas beliau menjadi titik tolak penting dalam dunia surat khabar kerana ia merupakan akhbar pertama yang dibiayai sepenuhnya orang Melayu sendiri.
"Utusan Melayu mempunyai sejarah yang cukup istimewa, cukup panjang dengan tradisi yang hebat dan luar biasa, maka bagi saya ia perlu dipertahankan.
"Ia juga merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu," katanya kepada Astro AWANI.