GEORGE TOWN: Kecacatan anggota badan tidak menghalang seorang rakyat India menjelajah Asia Tenggara dengan menggunakan kerusi roda sebagai kempen kesedaran mesra kerusi roda.
Hassan Imam, 25, berasal dari Bihar, India memulakan pengembaraannya ke Asia Tenggara selepas berjaya mengembara India dan Bangladesh sejauh 10,000 kilometer (km).
Pemuda yang mengalami kecacatan kedua-dua kaki selepas menghidap polio ketika zaman kanak-kanak itu berkata beliau mengambil masa selama tujuh bulan untuk melengkapkan misi jelajah India dan Bangladesh dengan menggunakan kerusi roda bermula Mac 2023.
"Saya melakukan pengembaraan ke Asia Tenggara dengan menggunakan kerusi roda untuk melaksanakan kempen kebolehcapaian bagi orang kurang upaya (OKU) di tempat awam. Ini adalah satu kempen yang patut diberi perhatian ramai dalam dunia kontemporari," kata siswazah Bahasa Rusia dari Universiti Jawaharlal Nehru, India ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.
Hassan berkata selepas menjelajah India dan Bangladesh, beliau tiba di Kuala Lumpur dari Chennai, India dengan pengangkutan kapal terbang awal bulan Disember ini.
"Dari Kuala Lumpur, saya akan meneruskan penjelajahan melalui darat menggunakan kerusi roda yang memaparkan World Trip On Wheelchair sebagai kempen kesedaran mesra kerusi roda ke Perak sebelum tiba di Pulau Pinang dengan mengambil masa selama empat hari. Saya akan meneruskan penjelajahan ke Kedah dan Perlis sebelum ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan China," katanya.
Menurut Hassan beliau bersyukur kerana sepanjang pengembaraannya, orang ramai tampil menghulurkan bantuan makanan, kewangan dan penginapan.
Daripada pemerhatiannya sepanjang penjelajahannya di India, beliau mendapati kebanyakan tempat tarikan pelancong dan sistem pengangkutan awam tidak mempunyai tanjakan untuk pengguna kerusi roda, hanya terdapat tangga yang boleh dinaiki dengan berjalan kaki.
"Banyak teater, hotel dan pusat beli-belah di India masih tidak mesra kerusi roda, tetapi kebanyakan tempat lain seperti Malaysia mengamalkan konsep mesra kerusi roda," kata Hassan.
Kerusi roda pilihan Hassan untuk perjalanannya dilengkapi pelbagai ciri, ia berkuasa bateri dan boleh digunakan sebagai skuter pada masa yang sama.
Kenderaan ini adalah cetusan idea sekumpulan pelajar India Institute of Technology (IIT) Madras, Chennai dan boleh bergerak kira-kira 40km dengan sekali cas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023

Hassan Imam bergambar di Jeti Chew semasa melawat pusat pelancongan dengan kerusi rodanya. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hassan Iman jelajah Asia Tenggara berkerusi roda
Dia memulakan pengembaraannya ke Asia Tenggara selepas berjaya mengembara India dan Bangladesh sejauh 10,000 kilometer.