KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hasan Arifin sebagai pengerusinya berkuat kuasa 1 Okt, 2021.
Menurut TNB dalam kenyataan di sini, beliau menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar bermula 30 Ogos 2021.
Hasan, 68, telah dilantik menjadi Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad tahun lepas. Beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (1990-1999), Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara (1995-1998) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2015-2018.
Hasan pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bermula 1991 hingga 1995 dan UDA Holdings Berhad (2010-2015).
Mantan Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999) yang kini menjadi Ahli Parlimen Rompin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pengurusan di Asian Institute of Management di Manila.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menerajui TNB sebagai Pengerusi. Dalam memegang jawatan ini, saya bertanggungjawab terhadap semua pemegang saham dan lebih utamanya pemegang amanah," katanya.
Beliau berkata terdapat lebih 60 peratus milikan saham TNB dimiliki syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Berbekalkan pengalaman luas dalam sektor korporat, Hasan berkata beliau akan meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai oleh pimpinan terdahulu yang telah memastikan pulangan dividen yang adil dan berpatutan kepada semua pemegang saham serta mengekalkan amalan tadbir urus yang baik, telus dan bertanggungjawab.
Dalam menyatakan komitmennya bagi memastikan pencapaian jangka panjang pihak pengurusan serta Lembaga Pengarah untuk pertumbuhan nilai aset TNB, beliau berkata, "Saya berharap Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan akan terus bekerjasama bagi mencapai matlamat yang diinginkan oleh syarikat untuk kebaikan negara."
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir. Baharin Din berkata: "Bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan 35,000 warga kerja TNB, saya mengalu-alukan kedatangan Datuk Seri Hasan ke TNB.
"Pengetahuan dan pengalamannya yang luas amat bermanfaat untuk inisiatif transformasi TNB serta usaha pemulihan akibat pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Datuk Seri Hasan Arifin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pengurusan di Asian Institute of Management di Manila. - Gambar fail

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan
Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.

Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Najib minta saya bertemu bekas Pengerusi PAC sebelum beri keterangan kepada jawatankuasa - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya supaya bertemu bekas Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin.

Pembinaan LRA Langat 2 capai tahap 88 peratus
Projek yang mampu membekalkan 1,130 juta liter air sehari itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023.

Kewangan TNB perlu kukuh, bantu usaha kerajaan pulih ekonomi, kata Pengerusi
TNB akan menyeimbangkan kepentingan industri dan peranannya sebagai syarikat tersenarai yang memberikan pulangan setimpal kepada rakyat menerusi institusi pelaburan berkaitan kerajaan.

Hasan Arifin dilantik Pengerusi TNB
Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hasan Arifin sebagai pengerusinya berkuat kuasa 1 Okt, 2021.

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini
Rubiah minta Perdana Menteri memperincikan lima sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan yang banyak membantu semasa COVID-19.

Tabung Haji jual saham, harta bernilai RM1.2 bilion - Fuziah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata penjualan saham, instrumen kewangan dan hartanah itu telah menghasilkan keuntungan RM61 juta kepada TH.

Jangan terkejut kalau siaran TV anda tiba-tiba terpadam nanti, ini puncanya
Kementerian Komunikasi dan Multimedia yakin siaran analog dapat ditamatkan sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini bagi peralihan kepada siaran digital.

Zaman BN pun tak ada cukai 'durian runtuh' - Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, keuntungan yang dicatatkan institusi berkenaan bukanlah perkara baharu, tetapi kerajaan terdahulu juga tidak pernah bercadang untuk mengenakan cukai sedemikian.