HULU LANGAT: Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 telah mencapai tahap 88 peratus bagi tempoh sehingga awal Oktober lalu.
Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Datuk Seri Hasan Arifin berkata, projek pembinaan LRA berkenaan yang berupaya membekalkan sebanyak 1,130 juta liter air sehari (JLH) itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023 depan.
Menurut beliau, PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 yang merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang dan Keramat AU3.
"Buat masa ini, LRA ini mampu membekalkan keperluan air sekitar 430 JLH buat penduduk di Lembah Klang sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Terowong Koridor Utara LRA Langat 2, hari ini.
Hadir sama sewaktu majlis berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali.
Mengulas lanjut, Hasan berkata, PAAB telah memulakan kerja-kerja pembinaan terowong 'inlet portal' iaitu sebahagian daripada projek LRA Langat 2 bagi menghubungkan paip air dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang.
"Terowong Koridor Utara sepanjang 2.2 kilometer dengan garis pusat 3.2 meter setiap satu itu adalah yang pertama di Malaysia dan masing-masing berfungsi untuk menyalurkan air terawat dan tempat simpanan air (kolam air)," katanya.
Dalam pada itu, Hasan memberitahu, terowong berkenaan berupaya menyalurkan bekalan sebanyak 290 JLH untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan sekitar Ampang, Keramat dan Hulu Klang.
Tambahnya, terowong itu juga dijangka siap sepenuhnya pada 30 September 2023.
"Pembinaan terowong ini merupakan sebahagian usaha PAAB dalam memelihara alam sekitar membabitkan kawasan Hutan Simpan Hulu Langat dan Hutan Simpan Bukit Sungai Putih," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 29 2021

Kerja-kerja pembinaan terowong 'inlet portal' di LRA Langat 2 giat dilaksanakan pada masa ini. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

LRA Langat 2 henti tugas, 397 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air
Pencemaran itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan.

Pembinaan LRA Langat 2 capai tahap 88 peratus
Projek yang mampu membekalkan 1,130 juta liter air sehari itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023.

Krisis Air Selangor: Penyenggaraan aset kritikal perlu untuk elak krisis tidak berjadual
Operasi penyenggaraan tersebut sepatutnya sudah dibuat lebih awal lagi, namun tertunda akibat beberapa insiden pencemaran air sebelum ini.

Projek LRA Langat 2: Selangor tidak dilibatkan secara langsung
Pengurusan projek berkenaan akan dilaksanakan sepenuhnya Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), anak syarikat Kementerian Kewangan.