Seekor Harimau Malaya yang dikesan berkeliaran di sebuah ladang di Mersing, Johor, dengan kelibat haiwan itu menjadi tular dalam media sosial ditemui mati di sebuah bukit dalam kawasan ladang itu, pada Rabu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) berkata, pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Mersing, yang menjejaki haiwan itu dimaklumkan penemuan bangkai harimau pada 12.30 tengah hari semalam oleh pengurus ladang.
"Hasil siasatan awal Perhilitan mendapati Harimau Malaya itu dipercayai telah mati dua hingga tiga hari lepas berdasarkan keadaan bangkainya yang mula mereput. Siasatan awal tidak menemui sebarang kesan harimau ini mati ditembak, dijerat atau disebabkan oleh perbuatan khianat yang lain.
"Perhilitan percaya punca kematian Harimau Malaya ini berkemungkinan disebabkan penyakit 'Canine Distemper' iaitu sama seperti penyakit yang dialami 'Awang Besul' iaitu harimau belang yang ditemui di Terengganu pada Julai 2019," menurut kenyataan itu.
Bedah siasat akan dilakukan oleh doktor Veterinar Perhilitan bagi mengetahui punca sebenar kematian harimau itu.
Pada 1 Mac lepas, Perhilitan Negeri Johor menerima aduan daripada orang awam mengenai seekor Harimau Malaya dilihat berkeliaran dalam kawasan Ladang Site 15, Ladang Aramijaya, Mersing.
Video kelibat harimau itu yang dirakam orang awam kemudian menjadi tular dalam media sosial.
Sepasukan kakitangan Perhilitan Mersing kemudian ditugaskan untuk mengawal kawasan ladang serta menyiasat kawasan persekitaran bagi mengambil tindakan susulan untuk menangkap dan memindahkan harimau itu ke tempat yang lebih selamat.
Operasi itu turut mendapat bantuan teknikal kakitangan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) bagi tujuan pemasangan perangkap.
KATS meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Harimau Malaya untuk menghubungi Perhilitan di talian 1-800-88-5151. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

Harimau Malaya yang dikesan berkeliaran sebuah ladang di Johor ditemui mati pada Rabu. Gambar Facebook/@animalmalaysia

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.

Kuda dibiar berkeliaran, pemilik digesa dikenakan tindakan
Kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.

Bapa akui cuai, tertidur punca dua anak kecil berkeliaran waktu malam
Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuan berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai.

Perhilitan Kelantan tangkap 5 gajah betina berkeliaran di kampung
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap sekumpulan lima ekor gajah betina di Kampung Kuala Tiga di sini semalam.

50 ekor gajah berkeliaran di dua kawasan kampung di Kluang cari makanan
Sekumpulan gajah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Sri Lukut dan Kampung Pinggir, Kahang, dekat Kluang, sejak beberapa hari lepas, dipercayai sedang mencari makanan.

Harimau Malaya berkeliaran di ladang ditemui mati
Harimau Malaya itu dipercayai telah mati dua hingga tiga hari lepas berdasarkan keadaan bangkainya yang mula mereput,

Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah
Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.