IPOH: Karkas harimau belang jantan yang dipercayai mati dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah semalam, akan dibawa ke Institut Biodiversiti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Bukit Rengit, Pahang untuk tujuan pengawetan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata buat masa ini karkas haiwan pemangsa seberat 120 kilogram (kg) itu masih berada di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai bagi proses penyimpanan.
"Pengawetan karkas ini hanya boleh dilaksanakan di institut biodiversiti tersebut disebabkan hanya di sana mempunyai tenaga atau kepakaran khusus untuk proses itu.
"Kebiasaannya proses pengawetan ini akan mengambil masa agak lama kerana ia perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan spesimen yang diawet, kekal cantik dan tidak rosak bagi tempoh jangka panjang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Semalam, dilaporkan karkas harimau belang berkenaan dijumpai dalam saliran longkang di tepi lebuh raya berkenaan sekitar jam 5.45 pagi, selepas dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Juke dipandu seorang lelaki.
Pada 9 Nov lepas, kejadian seumpama itu turut menimpa seekor harimau jantan yang mati selepas dilanggar sebuah treler di KM 303.4 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung, Gopeng.
Yusoff berkata terdapat kesan luka dan calar yang ditemukan pada bahagian sebelah kiri badan harimau berkenaan selepas proses pengecaman dilakukan pihaknya.
"Luka dan calar pada badan harimau itu kemungkinan berlaku disebabkan mungkin terkena perangkap yang dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak Perhilitan sekiranya mempunyai bukti atau maklumat berhubung sebarang kejadian membabitkan haiwan liar di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Karkas harimau belang jantan yang mati dilanggar akan dibawa ke Institut Biodiversiti Perhilitan Bukit Rengit, Pahang untuk tujuan pengawetan. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.