KUALA LUMPUR: Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Burj Khalifa By Emaar dalam hantaran menerusi beberapa laman media sosial rasmi termasuk Instagram berkongsi video berdurasi 49 saat memaparkan cahaya warna-warni Jalur Gemilang menutupi seluruh ruang Burj Khalifa berserta iringan lagu Negaraku yang menerima kira-kira 19,000 tanda suka.
"Tonight, #BurjKhalifa shines for Malaysia's Independence Day. As you mark this momentous day, may your nation flourish and your citizens embrace unity, prosperity, and joy. Warm wishes for a Happy Independence Day (Malam ini, #BurjKhalifa bersinar untuk Hari Kebangsaan Malaysia. Ketika anda meraikan detik bersejarah ini, semoga negara anda berkembang maju dan rakyat mengekalkan perpaduan, kemakmuran dan kebahagiaan. Selamat Hari Kebangsaan)," menurut hantaran tersebut.
Dalam pada itu, bangunan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di Abu Dhabi turut dilimpahi warna Jalur Gemilang.
Beberapa rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan meluahkan rasa bangga mereka dengan inisiatif yang diambil oleh pemilik bangunan-bangunan berkenaan dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
"Terima kasih! Proud to be Malaysian living in Dubai once upon a time, thanks for this and for the memories (Terima kasih! Bangga menjadi rakyat Malaysia yang tinggal di Dubai suatu ketika dahulu, terima kasih untuk ini (inisiatif Burj Khalifa) dan untuk kenangan ini," menurut pemilik akaun Syigim dalam hantarannya di ruang komen platform media sosial tersebut.
Selain itu, pemilik akaun platform yang sama, Irwaniz turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan UAE bagi mengiktiraf sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tahun ini.
Bagi pemilik akaun amrahamajid pula berkata hatinya tersentuh apabila melihat Jalur Gemilang terpapar sekali lagi tahun ini di bangunan berkenaan.
"Glad Burj Khalifa decided to do this again this year thank you Emaar (Gembira Burj Khalifa melakukan sekali lagi tahun ini terima kasih Emaar)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Burj Khalifa By Emaar dalam hantaran menerusi beberapa laman media sosial rasmi berkongsi video berdurasi 49 saat memaparkan cahaya warna-warni Jalur Gemilang menutupi seluruh ruang Burj Khalifa. - Gambar FB Burj Khalifa By Emaar
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.
AWANI Tonight: 18 Nov 2024
#AWANITonight 18 Nov 2024 with Saraya Mia
- RON95 subsidy eligibility to depend on size of households, number of cars
- ASEAN: Malaysia leads carbon framework development
#AWANIEnglish #AWANINews
- RON95 subsidy eligibility to depend on size of households, number of cars
- ASEAN: Malaysia leads carbon framework development
#AWANIEnglish #AWANINews
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA
Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu jalan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) untuk mengambil tayar ganti di but, berakhir dengan tragedi.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.