PUTRAJAYA: Terkenal dengan sifat mesra rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyantuni rakyat pelbagai kaum yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini.
Baginda berdua dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.
Pasangan diraja itu juga dilihat berpimpin tangan dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang dimainkan di lokasi sambutan itu, ketika berjalan di pekarangan dataran.
Al-Sultan Abdullah turut dilihat mendukung seorang kanak-kanak lelaki dan Tunku Azizah pula memberi isyarat 'mini love', 'flying kiss' dan melambai kepada khalayak ramai.
Baginda berdua juga diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri.
Sementara itu, seorang pengunjung, Irmanira Mohd Isa, 42, ketika ditemui berkata perjalanan beliau dari Banting, Selangor pada 11 malam tadi untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya tidak sia-sia apabila dapat bersalaman dan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
"Saya rasa teruja dan bangga apabila Agong dan Permaisuri sanggup jalan kaki dari Pentas Diraja ke arah kami dan bersalaman dengan ramai rakyat jelata," katanya.
Bagi seorang pelajar universiti, Muhammad Firdaus Redzuan, 21, pengalaman bersalaman dan beramah mesra dengan Seri Paduka berdua menjadikan sambutan tahun ini lebih bermakna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Suri rumah Norazli Hasan, 45, yang datang bersama suami dan tiga anak pula berkata impiannya untuk berjumpa secara bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akhirnya tertunai hari ini selepas lebih 12 tahun menunggu peluang berkenaan.
"Memang berhasrat untuk berjumpa dengan baginda berdua tetapi tidak pernah ada peluang. Hari ini akhirnya tertunai juga impian apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersalaman dengan kami anak-beranak," katanya yang menghadiri acara sambutan itu setiap tahun sejak 2010.
Bagi penjawat awam, Bazli Shah Osman, 38, dia tidak menyangka Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menyapa pengunjung kerana kebiasaannya baginda berdua mengikut protokol majlis iaitu berangkat pulang sejurus majlis selesai.
"Inilah keperibadian baginda berdua yang mudah berinteraksi dengan rakyat. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempat berbual ringkas dan bertanyakan nama anak saya sambil menghulurkan gula-gula," kata bapa kepada tiga cahaya mata dari Kuala Kangsar, Perak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan beramah mesra bersama pengunjung selepas sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 hari ini. - Foto Bernama
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Majlis peguam gesa Terengganu, kerajaan pusat pertimbang semula amalan
Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan tarian 'Cuci Rasuah' yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, sebagai yang terbaik.
Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Peluang menyertai persembahan Hari Kebangsaan 2024 menjadi pengalaman istimewa buat pelajar tingkatan empat Ong Zhen Ming walaupun perlu berlatih selama lima minggu.
Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.
Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.