KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih berbanding mencari kesalahan.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Permaisuri Agong bertitah pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis, askar tentera darat, tentera laut, tentera udara dan bomba sentiasa memastikan negara terkawal agar rakyat dapat hidup dalam keadaan selamat dan aman.
Tambah baginda, antara golongan yang sering dikritik adalah kakitangan polis apabila segala keburukan mereka dicanangkan kepada khalayak umum, namun sisi baik mereka pula tidak mendapat perhatian yang sama.
"Antara golongan yang sering dikritik adalah kakitangan polis. Segala keburukan mereka dicanangkan di khalayak umum, namun kebaikan mereka tidak pula diberi perhatian sama. Adakah kita sanggup untuk meronda kawasan sekitar, dengan kesedaran bahawa kita boleh diserang dan dibunuh pada bila-bila masa?" soal baginda dalam kenyataan itu.
Baginda seterusnya bertitah, bahawa media sosial juga tidak mencerminkan sisi yang terbaik dalam soal berkenaan.
"Kita memilih untuk merungut tetapi tidak pula kita bersyukur kerana kita bernasib baik dapat hidup dalam sebuah negara yang aman secara amnya, malah tidak terbabit dalam sebarang peperangan.
"Setiap kali melihat seorang tentera, polis, bomba atau mana-mana badan berkaitan, sedarlah bahawa anggota keselamatan ini merupakan lelaki dan wanita yang hidup berjauhan daripada keluarga mereka dan nyawa boleh diancam pada bila-bila masa, tidak kira siang mahu pun malam.
"Ingatlah bahawa kita boleh menikmati ketenangan di rumah bersama keluarga tersayang kerana adanya pihak yang menjaga dan memantau keselamatan serta keamanan di segala pelusuk negara kita, sama ada di tempat-tempat sunyi, mahupun kawasan penuh hiruk pikuk," titah baginda.
Sementara itu, baginda turut mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said yang gugur dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat lalu.
Semalam, baginda berkenan hadir ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua anggota polis berkenaan.
Astro Awani
Sun May 19 2024

Raja Permaisuri Agong mengingatkan, pasukan keselamatan terdiri daripada polis, tentera darat, tentera laut, tentera udara dan bomba sentiasa memastikan negara terkawal agar rakyat dapat hidup dalam keadaan selamat. - Facebook Sultan Ibrahim

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan kes dibicara bersama didengar 20 Jan
Pihak pendakwaan memberitahu, kesemua sembilan pertuduhan dihadapi mereka perlu dibicara bersama kerana ada kaitan antara satu sama lain.

Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.

Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.

Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad

Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.

Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.

Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.

Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..