GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan lapan notis kepada pengimport, pengeksport dan pemborong sayur di negeri itu sejak Rabu lalu sehingga semalam.
Notis pengesahan maklumat barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan susulan kenaikan harga sayuran di negeri tersebut.
Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata pemeriksaan pihaknya mendapati, tiga jenis sayur mengalami kenaikan harga di negeri itu ketika ini.
Sayur-sayuran itu adalah kacang buncis yang mengalami kenaikan kira-kira RM3 sekilogram apabila dijual pada harga di antara RM15 hingga RM17 berbanding RM12 hingga RM14 sebelum ini.
Sayur kubis bulat import naik daripada RM4 hingga RM5 sekilogram kepada RM5 hingga RM7, manakala harga sekilogram cili akar merah mengalami kenaikan daripada RM13 hingga RM15 kepada antara RM15 hingga RM20.
Mohd Ridzuan berkata sebanyak 46 notis pengesahan maklumat barangan dan lima notis bertulis di bawah seksyen sama kepada peniaga sayuran telah di keluarkan sepanjang tahun ini untuk memberikan maklumat berkenaan kenaikan harga barangan tersebut.
Jelasnya, KPDNHEP, turut memantau 186 jenis barangan merangkumi 41 premis pasar serta 31 pasar raya super dan hyper terpilih di seluruh negeri.
"Berdasarkan pemeriksaan pada 22 November sehingga semalam di pasar awam, terdapat beberapa jenis sayuran yang mengalami kenaikan harga dan ada beberapa jenis sayuran yang mengalami penurunan harga.
"Bagaimanapun, harga sayuran di pasar raya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di pasar awam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Ridzuan berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya telah melakukan sebanyak 47,578 pemeriksaan berkaitan harga barang.
Daripada jumlah itu, sebanyak 373 kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang melibatkan kompaun sebanyak RM46,850.
Selain itu, 374 notis pengesahan maklumat barangan dan 139 notis bertulis di bawah seksyen sama bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga barangan.
Pihaknya turut menerima 237 aduan melibatkan harga dengan 26 kes telah dibuka untuk tindakan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 27 2021

Notis pengesahan maklumat barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan susulan kenaikan harga sayuran di negeri tersebut. - Gambar ihsan KPDNHEP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Harga sayur naik, KPDNHEP P. Pinang keluarkan 8 notis
KPDNHEP Pulau Pinang mengeluarkan lapan notis kepada pengimport, pengeksport dan pemborong sayur di negeri itu sejak Rabu lalu sehingga semalam.