KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun ini.


Ringkasan AI
  • Harga runcit petrol RON97, RON95, dan diesel kekal pada RM3.47, RM2.05, dan RM2.15 seliter dari 30 Mei hingga 5 Jun.
  • Harga ini ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.
  • Kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah untuk memastikan kesejahteraan rakyat.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu melebih paras harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuai bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

-- BERNAMA